Jom debat hala tuju parti, kata Rodziah kepada Fadhlina

May 17, 2025 · Politik

Ketua Wanita PKR Fadhlina Sidek dicabar untuk berdebat bagi membincangkan hala tuju parti itu.

Cabaran debat itu dibuat oleh Ahli Parlimen Rodziah Ismail kepada Fadhlina yang kini memegang jawatan Menteri Pendidikan, langkah sama dibuat oleh Rafizi Ramli yang turut mengajak Nurul Izzah Anwar berdebat.

“Hari ini saya juga ingin menjemput ketua Wanita PKR (Fadhlina) untuk berdebat mengenai masa depan Wanita PKR. Kita akan tengok apakah hala tuju dan masa depan yang kita nak bawa untuk Wanita PKR.

“Bagaimana cara nak naikkan daripada empat Ahli Parlimen wanita dan kita nobatkan ahli Wanita PKR untuk menang lebih banyak kerusi,” katanya semasa program di Kota Bharu, Kelantan.

Rodziah berkata walaupun beliau bukannya seorang pendebat yang baik tetapi beliau sanggup mengambil peluang itu supaya boleh berkongsi perancangannya untuk Wanita PKR.

Beliau juga mempelawa Nurul Izzah Anwar untuk bersama-sama menyertai debat itu.

“Kalau Nurul Izzah nak sertai sekali, tiada masalah, kita boleh adakan forum,” katanya.

Pada pemilihan parti pada 2022, Rodziah tewas dalam saingan ketua Wanita PKR kepada Fadhlina dengan 32 undi.

Fadhlina menerima 18,923 undi, manakala Rodziah mendapat 18,891.

Berita berkaitan
PKR Kedah tolak gesaan supaya bubar Parlimen awal
5 jam lalu· Politik
AMK: Pengampunan tidak padam rekod 1MDB yang pernah disakau Najib
September 18, 2026· Politik
Pengampunan Najib bukan keputusan Anwar atau PH: Wanita PKR
September 18, 2026· Politik
AMK: MB, Exco digesa letak jawatan kerana derhaka terhadap Yang di-Pertuan Besar
September 17, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Sheikh Umar: Sepatutnya Zahid patut letak jawatan, bukan Loke
4 jam lalu · Politik
G25 mahu rakyat tahu nasihat AG mengenai tahanan rumah Najib
5 jam lalu · Politik
Pengampunan Najib: Anwar dedah apa yang dibincangkan dengan Agong
5 jam lalu · Politik
Isu letak jawatan: Anwar mahu jumpa Loke selepas pulang dari Shanghai
5 jam lalu · Politik
Bersatu tunggu keputusan RoS berhubung aduan PN: Muhyiddin
12 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok