Kandungan AI akan dipertimbang dalam Akta Keselamatan Dalam Talian: Fahmi

July 13, 2025 · Isu semasa

Kerajaan akan meneliti keperluan untuk mengawal selia kandungan teknologi kecerdasan buatan (AI) dibawah Akta Keselamatan Dalam Talian, kata Fahmi Fadzil.

Menteri Komunikasi itu berkata sehingga kini tiada pihak atau badan yang secara spesifik mengawal selian kandungan AI di peringkat global dan ia juga menjadi perbincangan di antara negara-negara luar termasuk Malaysia.

“Kalau kita lihat isu kawal selia di peringkat global belum ada yang memuaskan, perbincangan berjalan.

“Di peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), International Telecommunication Union (ITU), memang persoalannya berlegar (tentang) siapakah yang patut menyediakan kawal selia.

“Kalau di peringkat negara, memang Parlimen dan Kementerian Digital perlu ke hadapan tapi setiap kementerian mempunyai peranan untuk meneliti dan menilai penggunaan AI masing-masing,” katanya ketika selepas meramikan program IPRM Al Festival 2025, Global PR Al Strategic Communication Insights, YOU & Al: Meet @ Bangsar!” yang berlangsung di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) Angkasapuri.

Ketika berucap, beliau berkata, platform di media sosial perlu melakukan inisiatif sendiri untuk melabel video hasil AI bagi mengelakkan penyalahgunaan dan fitnah.

“Ada beberapa media sosial yang telah meletakkan label dihasilkan oleh AI dan platform kita akan pertimbangkan keperluan melalui Akta Keselamatan Dalam Talian yang akan berkuat kuasa hujung tahun ini,” jelas beliau.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan teknologi AI hanya berperanan membantu memudahkan beberapa tugas tetapi tidak bagi kerjaya wartawan dan jurugambar.

“Tugas-tugas tertentu mungkin berubah tapi AI boleh membantu beberapa tugasan tapi tidak boleh menggantikan manusia, wartawan dan jurugambar yang menyaksikan sesuatu kejadian.

“Prinsipnya para wartawan menjadi saksi, kepada kejadian ini prinsip penting,” ujarnya.

Sementara itu Fahmi memaklumkan, sidang kemuncak Asean Ke-47 pada Oktober nanti akan turut menyaksikan pelancaran Deklarasi Kuala Lumpur yang memperincikan penggunaan dan kawal selia media sosial antara negara-negara Asean.

“Jadi penyalahgunaan AI dalam media sosial termasuk menipu, menyebar fitnah dan sebagainya, negara ASEAN boleh mainkan peranan,” tambahnya.

Berita berkaitan
RM15 juta dana kreatif dibuka 16 November: Fahmi
14 jam lalu· Isu semasa
Anugerah Seri Angkasa iktiraf sumbangan warga penyiaran: Fahmi
15 jam lalu· Isu semasa
Dana Inovasi Media: Fahmi mahu AI bantu wartawan, bukan ganti mereka
October 24, 2026· Isu semasa
MCMC siasat Facebook gagal sekat video serangan guru: Fahmi
October 23, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Penipuan dalam talian: Selangor catat kerugian tertinggi
October 25, 2026 · Isu semasa
Kewangan Islam dijangka kuasai lebih 50 peratus aset negara: Gabenor
October 25, 2026 · Isu semasa
JPN sudah keluarkan 275,785 MyKad baharu, Johor rekod tertinggi
21 jam lalu · Isu semasa
Kapal bawa ketamin RM785 juta milik syarikat Malaysia: Polis
21 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan sanggup tanggung subsidi minyak demi rakyat: PMX
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok