Kawal mulut timbalan dan ketua pemuda UMNO dulu: DAPSY beritahu Zahid

June 13, 2026 · Politik

Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Woo Kah Leong membidas Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, susulan tegurannya terhadap DAP dan mendakwa pemimpin itu tidak mempunyai kedudukan moral untuk bercakap mengenai soal penghormatan terhadap rakan kerjasama politik.

Menurut Kah Leong, beberapa tindakan dan kenyataan pemimpin UMNO sebelum ini dilihat bercanggah dengan semangat Kerajaan Perpaduan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“DAPSY bukan seperti Pemuda MCA atau Pemuda MIC yang hanya mengikut perintah UMNO seperti lembu dicucuk hidung. DAPSY akan terus bersuara secara terbuka demi kepentingan rakyat.

“Kami bukan sayap pemuda yang hanya tahu tunduk dan mengangguk kepada segala kehendak parti lain,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Kenyataan itu dibuat sebagai reaksi terhadap teguran Ahmad Zahid yang mengingatkan pemimpin DAP supaya menghormati rakan kerjasama politik dan tidak mengeluarkan kenyataan secara melulu yang boleh menjejaskan hubungan dalam gabungan kerajaan.

Ahmad Zahid sebelum ini menegaskan setiap parti dalam landskap politik semasa perlu menjunjung prinsip kebersamaan serta menjaga sensitiviti antara satu sama lain bagi memastikan kestabilan Kerajaan Perpaduan terus terpelihara.

Bagaimanapun, Kah Leong mempersoalkan tindakan beberapa pemimpin UMNO yang didakwa mengambil pendirian bertentangan dengan semangat kerjasama tersebut.

Beliau merujuk kepada pendirian UMNO Johor yang dilihat mahu bergerak secara bersendirian serta kenyataan Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi, yang dilaporkan enggan “duduk semeja dengan DAP”.

“Jika itu cara UMNO menghormati rakan dalam Kerajaan Perpaduan, maka mereka tidak mempunyai kedudukan moral untuk menegur pihak lain mengenai perkara yang sama,” katanya.

Beliau turut membangkitkan dakwaan cubaan membentuk kerajaan negeri melalui jalan belakang di Negeri Sembilan yang kononnya melibatkan pemimpin kanan UMNO bersama beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional.

Menurutnya, pendedahan surat yang dikaitkan dengan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin menimbulkan persoalan mengenai hubungan antara UMNO dan Perikatan Nasional (PN), namun sehingga kini tiada penjelasan tuntas diberikan oleh kepimpinan UMNO.

“Daripada menegur DAPSY, lebih baik beliau mengawal timbalannya yang didakwa menebuk atap dan Ketua Pemuda UMNO yang terus bertindak seperti samseng politik.

“Jangan mengalihkan perhatian daripada isu usaha menubuhkan kerajaan pintu belakang yang mengkhianati mandat rakyat,” katanya.

Kah Leong berkata, jika UMNO benar-benar komited terhadap Kerajaan Perpaduan, komitmen itu perlu dibuktikan melalui tindakan dan bukan sekadar kenyataan.

Beliau juga mencabar Ahmad Zahid menjelaskan secara terbuka hala tuju UMNO menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, khususnya sama ada parti itu akan terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) atau kembali menjalin kerjasama dengan PAS dan PN sekiranya gagal memperoleh majoriti.

“Adakah beliau bersetuju dengan pendirian Ketua Pemuda parti sendiri yang mahukan kerjasama politik dengan PAS?

“Rakyat dapat melihat permainan UMNO yang mahu terus menikmati kedudukan dalam Kerajaan Perpaduan, namun pada masa yang sama membuka ruang kerjasama dengan PAS selepas pilihan raya.

“Jika benar mahu bersama PAS, nyatakan secara jujur dan jangan mempermainkan kebijaksanaan pengundi,” katanya.

Berita berkaitan
PH mahu menang atas kekuatan sendiri, bukan kelemahan lawan: Fahmi
5 jam lalu· Politik
PRN berasingan bukan faktor kelebihan kepada BN: Khaled
5 jam lalu· Politik
Zahid tegur pemimpin DAP jaga lidah, hormati rakan kerjasama
5 jam lalu· Politik
Tak dicalonkan dalam PRN bukan alasan sabotaj parti: Aminuddin
18 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Politik matang kunci kukuhkan perpaduan negara: Anwar
June 13, 2026 · Politik
PAS buat pusingan-U, Hadi umum Hamzah jadi Ketua Pembangkang bukan Samsuri
3 jam lalu · Politik
Hamzah umum parti baharu, tapi tidak letak jawatan seperti Rafizi
4 jam lalu · Politik
AMK kenal pasti calon muda hadapi PRN Johor, Negeri Sembilan: Kamil
4 jam lalu · Politik
Tei terima pelawaan debat dengan bos J-KOM isu sekatan media sosial
5 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok