KBS sedia bekerjasama dengan KDN tangani isu dokumen pemain warisan: Hannah Yeoh

November 19, 2025 · Isu semasa

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi komitmen untuk bekerjasama rapat dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam menangani isu pemalsuan dokumen yang melibatkan tujuh pemain warisan skuad kebangsaan.

Tindakan ini diambil susulan keputusan rasmi Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) melancarkan siasatan formal ke atas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berikutan penggantungan tujuh pemain naturalisasi yang didakwa menggunakan dokumen palsu.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata KBS sentiasa mengikuti perkembangan kes ini dan menekankan kepentingan peranan KDN memandangkan aspek jenayah di bawah bidang kuasa kementerian berkenaan.

Beliau mengesahkan telah menghubungi rakan sejawatannya dari KDN untuk membincangkan langkah seterusnya.

“Saya telah menghubungi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, namun belum menerima maklum balas.

“Saya sendiri sedang meneliti alasan bertulis penuh daripada FIFA,” jelas Yeoh dipetik laporan media hari ini.

“Saya memberikan beliau ruang untuk turut meneliti dokumen berkenaan, dan saya yakin KDN akan memberikan jawapan sewajarnya tidak lama lagi,” tambahnya lagi.

Kenyataan ini berikutan keputusan Jawatankuasa Rayuan FIFA yang mengarahkan supaya pihak berkuasa di lima negara termasuk Malaysia dimaklumkan mengenai insiden pemalsuan tersebut.

Menurut FIFA, pemalsuan dokumen merupakan satu kesalahan jenayah, dan adalah penting siasatan serta prosiding undang-undang dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan.

Mengenai perkembangan di Parlimen, Yeoh menyatakan semua pertanyaan berkenaan isu ini serta hubungan antara FAM dan FIFA akan dijawab secara menyeluruh dalam sidang Dewan Rakyat.

“KBS akan menggulung perbahasan belanjawan 2026, dan semua persoalan ahli-ahli parlimen berkenaan isu ini akan dijawab dalam sesi parlimen esok,” tegasnya.

Berita berkaitan
Denda RM50 juta: Najib belum buat bayaran, peguam nafi khabar angin
September 25, 2026· Politik
Najib kekal di Kajang selagi denda RM50 juta belum dibayar
September 20, 2026· Politik
Hannah Yeoh nafi pernah tandatangan dokumen perintah tahanan rumah Najib: Bernama
September 18, 2026· Politik
Mesyuarat Lembaga Pengampunan selesai, nasib Najib menjadi tanda tanya: Laporan
September 18, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Pindaan akta melibatkan pemandu mabuk dibentang awal tahun depan
October 12, 2026 · Isu semasa
Jordan-Malaysia mahu perkukuh kerjasama pertahanan
October 12, 2026 · Isu semasa
Rakyat Malaysia diminta tangguh umrah ke Arab Saudi: Mat Hasan
1 jam lalu · Isu semasa
MCMC turunkan kandungan hina Agong di Threads
1 jam lalu · Isu semasa
Lapangan terbang Riyadh diserang lagi, seorang maut
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok