Kedudukan Bersatu dalam PN bakal dibincang, bakal disingkir?

September 1, 2026 · Politik

Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) dijangka mengadakan mesyuarat selepas Muktamar Tahunan PAS bagi membincangkan beberapa isu termasuk kedudukan Bersatu dalam gabungan itu.

Setiausaha Agung PN, Takiyuddin Hassan berkata mesyuarat berkenaan akan diadakan selepas muktamar PAS yang berlangsung esok hingga 5 September.

“Kita akan adakan mesyuarat bagi membincangkan isu yang bersesuaian termasuk isu Bersatu. Mungkin juga kita akan bincang kedudukan Bersatu dalam PN,” katanya dipetik Berita Harian.

Menurut Takiyuddin, tiada alasan untuk Bersatu terus berada dalam PN sekiranya parti itu sendiri tidak lagi mahu bersama gabungan berkenaan yang kini diterajui PAS.

Beliau turut menjelaskan perlembagaan PN membolehkan mana-mana parti komponen digantung atau dipecat daripada gabungan itu.

Ketegangan antara PAS dan Bersatu semakin ketara sejak hujung tahun lalu sebelum PAS pada Jun lalu memutuskan untuk menamatkan kerjasama politik dengan Bersatu.

Kemelut itu turut membawa kepada keputusan Bersatu bergerak solo dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dan bertanding menentang PN.

Bersatu kemudian menyifatkan PN sebagai semakin toksik serta mendakwa gabungan itu sudah terpesong daripada perjuangan asal di bawah kepimpinan PAS.

Perkembangan itu meletakkan masa depan Bersatu dalam PN sebagai antara isu utama yang bakal menentukan hala tuju gabungan pembangkang berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Takiyuddin mengesahkan pemimpin PAS akan menghadiri Perhimpunan Agung UMNO di Kuala Lumpur minggu depan.

Katanya, jemputan turut diberikan kepada Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan dua lagi wakil parti.

“Kehadiran Abdul Hadi bergantung kepada keadaan kesihatannya. Jika beliau tidak dapat hadir, seorang lagi pemimpin akan menggantikannya,” katanya seperti dipetik Utusan Malaysia.

UMNO dan PAS sebelum ini menjalinkan kerjasama dalam PRN Negeri Sembilan dengan bertanding di bawah pakatan BN-PN dan berjaya memperoleh majoriti dua pertiga.

Berita berkaitan
Zahid tak akan benar usul gugat MB Negeri Sembilan
5 jam lalu· Politik
PN sasar lebih empat kerusi di Melaka hasil rundingan dengan UMNO: Tuan Ibrahim
October 9, 2026· Politik
Adly kritik Akmal, dakwa main sentimen kaum dan agama
October 9, 2026· Politik
Isu RM2.1 bilion KKDW: Akmal persoal laporan Guan Eng kepada SPRM
October 8, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Belanjawan 2027: Bantuan rakyat perlu disusuli peningkatan pendapatan
5 jam lalu · Politik
PKR lapor polis isu sindiran ayat al-Quran oleh Eric See-To
10 jam lalu · Politik
Akmal kecam sindiran Eric See-To terhadap istilah ‘lighad’, jangan perlekeh al-Quran
12 jam lalu · Politik
Mat Sabu: Jadikan krisis Negeri Sembilan pengajaran buat pengundi PRN Melaka
October 9, 2026 · Politik
Parlimen: 19 kes DNAA libatkan 12 ahli politik sejak 2010
October 9, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok