Prof Salawati Mat Basir.
Tanpa ada provokasi dan kekecohan sepanjang perhimpunan ‘Turun Anwar’ membuktikan demokrasi semakin subur sejak dipimpin kerajaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Perhimpunan pada Sabtu baru-baru ini boleh dikatakan paling aman berlangsung dalam sejarah tanpa ada asap pemedih mata, belantan dan juga meriam air yang kebiasaan digunakan oleh pihak berkuasa dalam mana-mana program dianjurkan pembangkang sebelum ini.
Kematangan ditunjukkan Anwar dalam mengawal kemarahan dan kritikan pembangkang terhadapnya menunjukkan pengalaman masa lalu semasa di jalanan dan ketika menjadi pembangkang banyak membantunya dalam menghadapi situasi kali ini.
Seorang penganalisis politik, Prof Salawati Mat Basir berkata perhimpunan ‘Turun Anwar’ bukan sesuatu yang menarik perhatian orang ramai seperti sebelum ini dan pujian perlu diberikan kepada kerajaan kerana berjaya mengawal situasi dengan tenang dan tanpa sebarang provokasi.
“Perhimpunan berlangsung dengan tenang dan aman tanpa sebarang insiden buruk, ini membuktikan demokrasi dibawah kerajaan sekarang semakin baik dan subur.
“Kedudukan Perdana Menteri (Anwar) tidak tergugat dengan perhimpunan tersebut kerana beliau sudah mempunyai pengalaman sama pada masa lalu… Sesebuah perhimpunan jalanan bukan saluran yang betul untuk menjatuhkan seseorang Perdana Menteri atau pun kerajaan,” ujarnya.
Penganalisis undang-undang antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu juga berkata rakyat sekarang sudah bosan dengan politik dan walaupun mereka tidak berpuas hati dengan sesuatu isu ia hanya akan dterjemahkan menerusi pilihan raya dan keluhan di media sosial sahaja.
“Rakyat sudah bosan dan muka dengan politik berpanjangan… Orang sekarang jika marah atau tidak berpuas hati mereka akan tunggu semasa pilihan raya untuk menunjukkan pendirian atau menerusi di akaun media sosial mereka.
“Perhimpunan pada Sabtu lalu gagal menyaingi perhimpunan sebelum ini dan dilihat lebih ramai orang parti berbanding orang ramai yang tidak memihak kepada mana-mana parti politik,” ujarnya.
Menurut Salawati lagi, perhimpunan dianjurkan pembangkang tersebut juga dilihat tidak menarik kerana tidak ada solusi atau jalan penyelesaian yang jelas ditawarkan kepada rakyat.
“Pembangkang tidak membawa jalan penyelesaian kepada masalah dihadapi rakyat dengan berkesan, sepatutnya mereka menawarkan alternatif yang lebih baik kepada orang ramai,” ujarnya lagi.
Ujarnya lagi, perhimpunan tersebut hanya sekadar salah satu acara musuh politik Anwar untuk mencipta momentum namun tiada sebarang mesej, malahan beliau masih hadir ke program dan berjumpa rakyat serta pemimpin seperti biasa tanpa merasa ada gugatan.
“Anwar masih turun ke program dan berjumpa rakyat dan pemimpin seperti biasa tanpa merasa tergugat dengan kedudukannya.
“Menurunkan Anwar bukan mudah hanya dengan mengadakan perhimpunan semata-mata,” katanya.
Pada Sabtu lalu berlangsung Himpunan Turun Anwar di Dataran Merdeka dan polis memaklumkan seramai 18,000 orang menghadiri himpunan aman tersebut.
Keputusan rayuan Guan Eng, isteri dan ahli perniagaan diketahui hari ini
Tiada arahan sekat Onn Hafiz masuk ke FELDA: Zahid
Maszlee sedia berdebat, adakah Onn Hafiz akan sahut?
Bersatu persoal keabsahan Mesyuarat Tertinggi PN, langgar kehendak RoS
Kecoh kenyataan awal dipadam, pengguna FB kantoikan tangkap layar akaun Samsuri
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar