Kemiskinan, dadah ancaman sebenar orang Melayu: Saifuddin Nasution

August 16, 2026 · Politik

Kemiskinan dan masalah sosial, khususnya penyalahgunaan dadah dalam kalangan anak muda, perlu dilihat sebagai ancaman sebenar terhadap masa depan masyarakat Melayu, bukan menjadikan kaum lain sebagai sasaran politik.

Naib Presiden PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, masyarakat Melayu tidak akan terancam hanya kerana wujud kaum lain dalam negara, sebaliknya lebih terdedah kepada ancaman apabila sebahagian mereka terus berdepan kemiskinan, keterpinggiran dan masalah sosial.

Menurutnya, isu kemiskinan perlu ditangani secara serius kerana kesempitan hidup bukan sahaja memberi kesan kepada keluarga, malah boleh menjejaskan masa depan generasi seterusnya.

“Melayu tak terancam kalau ada orang Cina dalam negara. Melayu tak terancam kalau ada orang lain dalam negara.

“Melayu terancam kalau orang Melayu miskin. Melayu terancam kalau orang Melayu paling banyak terpinggir dalam negara. Ini ancaman kepada orang Melayu,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Kongres Nasional Tahunan PKR di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) hari ini.

Saifuddin yang kini menggalas tugas Timbalan Presiden PKR berkata, penyalahgunaan dadah dalam kalangan anak muda juga perlu diberikan perhatian serius kerana ia boleh menjejaskan masa depan masyarakat Melayu.

Katanya, isu itu lebih ketara di beberapa negeri majoriti Melayu termasuk Kedah, Kelantan dan Terengganu.

“Ancaman terbesar kepada Melayu adalah anak-anak Melayu terjebak dengan dadah. Bila kita semak data, siapa yang terlibat? Umur 15 hingga 39 paling tinggi,” katanya.

Beliau menegaskan, usaha membela masyarakat Melayu perlu memberi tumpuan kepada pendidikan, pekerjaan dan peluang ekonomi anak muda, bukannya sekadar memainkan sentimen kaum dan agama.

Menurutnya, masalah sosial perlu ditangani secara menyeluruh jika mahu memastikan generasi muda Melayu mempunyai masa depan lebih baik.

“Melayu terlibat dengan dadah, ini ancaman kepada bangsa Melayu. Jangan kita main politik negatif,” katanya.

Kenyataan itu dibuat ketika isu kedudukan orang Melayu dan Islam sering menjadi antara tema utama dalam wacana politik negara, khususnya apabila membabitkan persaingan antara parti politik Melayu.

Saifuddin sebelum ini turut menekankan keperluan kerajaan dan parti politik memberi perhatian kepada isu ekonomi rakyat serta kesejahteraan generasi muda sebagai sebahagian daripada agenda pembangunan negara.

Berita berkaitan
PKR sokong gesaan Anwar supaya dunia bertindak terhadap Israel
16 jam lalu· Isu semasa
Jangan jadi ‘imigresen’ syurga, Islam bukan milik PAS: Amanah Selangor
23 jam lalu· Politik
UMNO kekal hingga tamat penggal, PKR sambut baik: Saifuddin Nasution
23 jam lalu· Politik
UMNO jangan satu kaki kerajaan, satu kaki pembangkang: AMK
September 12, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Zahid mahu jadi PM? Selesaikan dulu isu integriti – AMK
5 jam lalu · Politik
Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan berkaitan kes aset TH
5 jam lalu · Politik
PAS tak perlu diuji, Sanusi bidas cadangan UMNO supaya lepaskan kerusi
5 jam lalu · Politik
Puad: Zahid mahu PRU-16 dipercepat kerana mahu jadi PM
16 jam lalu · Politik
Parti dalam Kerajaan Perpaduan perlu hormati mandat diberi rakyat: Azman Abidin
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok