Jho Low tidak boleh dibiarkan bebas walhal individu tersebut adalah watak penting dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Siasatan terhadap ahli perniagagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, masih aktif dan tidak pernah ditutup, menurut Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail.
Mohd Khalid mengesahkan bpihak polis sentiasa memantau perkembangan terkini kes berkenaan dan akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut keperluan siasatan.
“Isu ini tidak perlu dibincang secara terbuka kerana tindakan masih seperti yang dimaklumkan sebelum ini. Siasatan masih dijalankan,” tegas Khalid dalam satu sidang media di Bukit Aman, hari ini.
Jho Low merupakan figura utama yang dikehendaki bagi membantu siasatan skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang menggemparkan negara suatu ketika dahulu.
Skandal yang mendedahkan penyelewengan dana bernilai bilion ringgit itu telah menyebabkan gelombang siasatan di peringkat antarabangsa serta tindakan mahkamah di beberapa buah negara.
Sejak kes itu terbongkar, Jho Low dilaporkan telah melarikan diri dan bersembunyi di luar negara, mengelakkan diri daripada proses undang-undang.
Walaupun terdapat laporan media antarabangsa yang kadangkala memaparkan khabar angin tentang lokasinya, status sebenar dan pergerakannya masih menjadi misteri.
Kenyataan terkini KPN ini sekali lagi menegaskan komitmen berterusan pihak berkuasa Malaysia untuk membawa Jho Low di muka pengadilan.
Pertemuan Anwar dengan Presiden FIFA buka lembaran baharu untuk bola sepak tempatan
TMJ pertahan 7 pemain ‘warisan’, dokumen dikemukakan sah
MCMC dan Maktab PDRM lancar kursus khas bersama perkasa pertahanan siber negara
Polis larang perhimpunan di Ampang Park esok, jaga kelancaran Sidang ASEAN
Ribut petir landa enam negeri hingga 6 petang ini: Laporan
[VIDEO] Langkah perangi scam dan buli siber diperhebat, buru pesalah
[VIDEO] Selepas dipecat Bersatu jadi dalang SD, Wan Saiful anggap dirinya jadi mangsa