Kes RM27 juta SRC: AGC tolak representasi Najib, 20 Jun keputusan DNAA

June 11, 2025 · Isu semasa

Representasi yang dikemukakan Najib Razak membabitkan tiga lagi pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM27 juta dana SRC International Sdn Bhd (SRC) ditolak Jabatan Peguam Negara (AGC).

Penolakan tersebut dimaklumkan timbalan pendakwa raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul ketika kes berkenaan disebut di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, K Muniandy, hari ini.

“Yang Arif, saya hadir untuk memaklumkan kepada mahkamah bahawa representasi telah ditolak dan pihak pendakwaan akan meneruskan perbicaraan.

“Saya diarahkan untuk memaklumkan perkara ini kepada mahkamah serta mohon tarikh perbicaraan ditetapkan,” katanya dipetik laporan Malaysiakini.

Sementara itu, Hakim K. Muniandy menetapkan tempoh seminggu bagi membolehkan beliau meneliti penghujahan peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah dan Mohd Ashrof.

Terdahulu, Muhammad Shafee berhujah agar Najib diberikan dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) atas alasan perintah tersebut ketika ini merupakan yang terbaik dan paling sesuai diberikan kepada anak guamnya.

Muhammad Shafee berhujah, tiada ketentuan perbicaraan akan dimulakan dalam tempoh terdekat kerana pihak pendakwaan memerlukan masa untuk mendapatkan dokumen yang telah digunakan sewaktu perbicaraan kes SRC melibatkan dana RM42 juta.

Menurut Muhammad Shafee, pihak pendakwaan tidak akan diprejudiskan jika perintah DNAA diberikan kepada Najib.

Hujah peguam, Najib didakwa pada 2019 manakala representasi dikemukakan pada 31 Julai 2023.

“Kes ini berjalan sejak 2019 dan kelewatan selama enam tahun. Selain itu, dokumen berkaitan kes SRC disimpan di sana sini termasuk di Mahkamah Persekutuan dan berkaitan prosiding sivil.

“Tertuduh tidak seharusnya dibiar menunggu selama-lamanya sebelum tarikh perbicaraan ditetapkan. Keadilan perlu jelas dan dipastikan kepada kedua-dua pihak,” ujar Muhammad Shafee.

Bagaimanapun, Mohd Ashrof membantah permohonan DNAA tersebut kerana pihaknya bersedia mengendalikan kes.

Mohd Ashrof berkata, sebanyak 807 eksibit telah dikemukakan dalam perbicaraan SRC sebelum ini (di hadapan Hakim Mohd. Nazlan Ghazali) dan pendakwaan memerlukannya untuk digunakan pada perbicaraan kes dana RM27 juta.

Sehubungan itu, pihak pendakwaan memerlukan masa dan akan mengemukakan permohonan kepada Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi bagi mendapatkan dokumen yang berada dalam simpanan mahkamah.

Oleh yang demikian, Mohd Ashrof memohon tarikh perbicaraan ditetapkan lebih lewat bagi membolehkan proses pengumpulan dokumen dan penyediaan pernyataan saksi dilengkapkan.

Menurut beliau, eksibit berkenaan sukar diperolehi dalam tempoh terdekat kerana dokumen berkenaan dilihat kali terakhir ketika perbicaraan sekitar tahun 2020.

Pihak pendakwaan menjelaskan demikian ketika penghujahan bagi menetapkan tarikh perbicaraan kes.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 20 Jun untuk membuat keputusan berhubung permohonan DNAA oleh Najib.

Najib yang juga bekas Ahli Parlimen Pekan didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, yang membawa hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara lima tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Najib kini menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC dalam kes yang berasingan.

Pada 2 Sept 2022, dia memfailkan petisyen pengampunan diraja, dan pada 29 Jan 2024, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan memutuskan untuk mengurangkan tempoh hukuman penjara daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Berita berkaitan
Wanita didakwa sebar berita palsu harga minyak: MCMC
April 30, 2026· Isu semasa
Keputusan kes gangguan seksual Ebit Lew dijangka hari ini
3 jam lalu· Isu semasa
AGC tolak permohonan Namewee, kes dadah diteruskan: Laporan
24 jam lalu· Isu semasa
Permohonan pindah kes rasuah Shamsul Iskandar ditolak mahkamah
April 28, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Penjimatan kerajaan fokus belanja tidak kritikal, tak termasuk kesihatan dan pendidikan: MOF
April 30, 2026 · Isu semasa
Misi Flotilla Gaza 2.0: 10 warga Malaysia disahkan terputus hubungan
April 30, 2026 · Isu semasa
Pemuda UMNO desak hentikan pesta air di Bkt Bintang, bidas Kementerian Pelancongan
3 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan susun semula perbelanjaan, perkhidmatan rakyat tidak terjejas: MOF
20 jam lalu · Isu semasa
Acara rasmi kerajaan dikecilkan, pastikan perbelanjaan berhemah: Fahmi
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok