Kes Syed Saddiq: Rayuan terakhir pendakwaan ditetapkan pada 11 dan 12 Disember

October 10, 2025 · Politik

Mahkamah Persekutuan menetapkan 11 dan 12 Disember ini sebagai tarikh untuk mendengar rayuan terakhir pendakwaan berhubung pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, daripada sabitan kesalahan berkaitan penyelewengan dana Armada.

Rayuan ini, yang dijangka berlangsung selama dua hari, merupakan langkah terbaharu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas Syed Saddiq dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan daripada sabitan penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta atas pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram.

Pengarah Kanan Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM, Wan Shaharuddin Wan Ladin mengesahkan tarikh tersebut dan memaklumkan pihak-pihak terlibat perlu memfailkan hujahan bertulis mereka sebelum 26 November ini.

“Mahkamah turut menetapkan sesi pengurusan kes pada 27 November sebelum rayuan didengar,” jelas beliau kepada media selepas sesi pengurusan kes yang dijalankan secara dalam talian hari ini.

Pendakwaan memfailkan petisyen rayuan pada 22 September lepas dengan mengemukakan 28 alasan, mendakwa panel Mahkamah Rayuan telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta.

Antara hujahan utama ialah pendakwaan menegaskan bahawa mahkamah tersebut membuat “tuduhan liar” kononnya SPRM memberikan tekanan kepada saksi utama, Rafiq Hakim Razali, yang merupakan Penolong Bendahari Armada ketika itu, untuk memberi keterangan yang menyebelahi pendakwaan.

“Pihak pendakwaan berpendirian, panel tiga hakim yang membebaskan beliau terkhilaf apabila menuduh SPRM menekan saksi,” menurut petisyen tersebut.

Tambahan lagi, pendakwaan membangkang penilaian Mahkamah Rayuan yang menyatakan wang RM120,000 itu adalah milik peribadi Syed Saddiq, justeru melepaskannya daripada keperluan memberikan justifikasi.

Petisyen itu juga mendakwa mahkamah gagal menilai dengan betul wang tersebut tidak digunakan untuk kempen.

Syed Saddiq sebelum ini didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim dalam kes pecah amanah dana Armada berjumlah RM1 juta.

Beliau juga didakwa menyalahgunakan wang RM120,000 daripada akaun Armada dan didapati bersalah atas dua pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan pemindahan wang RM50,000 setiap satu ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya.

Keputusan Mahkamah Persekutuan pada Disember ini dinanti-nantikan sebagai penentu dalam kes berprofil tinggi ini.

Berita berkaitan
Mahkamah tolak permohonan lucut hak wang RM21.1 juta Aman Palestin
10 jam lalu· Isu semasa
Bekas CEO Tabung Haji direman bantu siasatan RCI
August 21, 2026· Isu semasa
Pendapatan KWSP Melonjak 48 Peratus, cecah RM57.5 bilion
August 17, 2026· Isu semasa
CAP: Skandal Tabung Haji perlu disiasat hingga ke akar
August 17, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Mahu jawatan PM, UMNO perlu bersama dengan PN: PAS Selangor
8 jam lalu · Politik
Akmal sahkan Pemuda UMNO akan hadir Muktamar Pemuda PAS
10 jam lalu · Politik
Adam Adli: Rundingan BN-PH belum bermula, tapi masih terbuka
10 jam lalu · Politik
PAS dan Tebuk Atap 2.0: UMNO masih tak berganjak pilih Kerajaan Perpaduan
14 jam lalu · Politik
Marzuki: Keahlian Bersatu masih sah dalam PN
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok