Ketua Bersatu Tasek Gelugor bidas Wan Saiful bersikap biadab, jejas maruah parti

September 29, 2025 · Politik

Seorang pemimpin akar umbi Bersatu menggesa tindakan tegas terhadap Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan, berikutan kenyataannya yang didakwa bersifat biadab dan tidak bertanggungjawab sehingga menjejaskan maruah parti.

Ketua Bahagian Tasek Gelugor, Azmi Alang menyifatkan kenyataan Wan Saiful semasa sidang media hari ini mengelirukan rakyat dan hanya memikirkan kepentingan peribadi.

Beliau menegaskan seorang wakil rakyat sepatutnya menjadi contoh dengan membawa hujah berasaskan fakta, bukan retorik kosong.

“Kita tidak boleh lagi berdiam diri dan membiarkan individu seperti ini terus merosakkan imej parti. Saya mendesak pucuk pimpinan parti mengambil tindakan tegas, termasuklah memecat beliau, demi menjaga integriti, disiplin dan maruah perjuangan kita,” tegas Azmi dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, tingkah laku tersebut dilihat sebagai satu beban yang mengalih perhatian daripada isu-isu penting yang dihadapi oleh rakyat.

“Rakyat melihat beliau lebih sibuk mencipta sensasi daripada menawarkan cadangan yang bernas. Keadaan ini tidak boleh dibiarkan berlarutan,” katanya.

Azmi berkata, parti perlu berani membuat keputusan yang tepat walaupun pahit demi kelangsungan parti dan keyakinan rakyat.

Beliau memberi amaran kegagalan bertindak akan melemahkan parti dan memberi peluang kepada pihak lawan.

“Rakyat sedang menilai. Jika kita gagal bertindak, parti akan dilihat lemah dan berkompromi dengan kelakuan tidak bermoral,” ujarnya.

Tindakan tegas menurutnya, adalah jalan terbaik untuk memulihkan kredibiliti perjuangan parti.

Berita berkaitan
Bersatu dakwa PAS yang rosakkan PN, desak jawab aduan RoS
October 6, 2026· Politik
Bersatu didakwa mahu lumpuhkan PN menjelang PRN Melaka: Takiyuddin
October 6, 2026· Politik
Bersatu guna logo sendiri, sedia bincang kerjasama di Melaka
October 5, 2026· Politik
PRN Melaka: Amanah masih buka ruang kerjasama, tunggu ‘jodoh’ politik
October 4, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Kes DNAA Zahid: Badan Peguam tunggu keputusan rayuan 14 Jun tahun depan
October 12, 2026 · Politik
AMK: GPS, GRS sanggup terima PM daripada PAS?
October 12, 2026 · Politik
Mahfuz persoal Sanusi: Mana hasil projek mega Kedah?
5 jam lalu · Politik
Isu perkataan ‘lighad’: Lim Sian See dipanggil polis
5 jam lalu · Politik
Zahid tak akan benar usul gugat MB Negeri Sembilan
October 10, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok