Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil.
PKR menangguhkan penganjuran Kongres Tahunan 2026 yang sebelum ini dijadualkan berlangsung pada 26 hingga 28 Jun ke 14 hingga 16 Ogos depan bagi memberi tumpuan kepada persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).
Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat bulanan Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang berlangsung di Batu Pahat, Johor hari ini.
Menurut Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil, lokasi kongres kekal di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka.
“Kongres Tahunan KEADILAN yang pada awalnya dijadualkan pada 26 hingga 28 Jun telah ditangguhkan ke 14 hingga 16 Ogos 2026, manakala lokasinya dikekalkan di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, penangguhan itu dibuat bagi memberi ruang kepada jentera parti, khususnya di Johor dan Negeri Sembilan, untuk mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan menghadapi pilihan raya negeri yang dijangka diadakan dalam masa terdekat.
Dalam perkembangan sama, Biro Politik PKR turut mengumumkan pelantikan Saifuddin Nasution Ismail dan Dr Zaliha Mustafa sebagai Naib Presiden parti.
Menurut Fahmi, pelantikan tersebut bertujuan mengukuhkan struktur organisasi serta memperkemaskan gerak kerja parti di peringkat pusat.
“Pelantikan ini dibuat bagi mengukuh dan memantapkan lagi organisasi serta gerak kerja parti di peringkat pusat,” katanya.
PKR sebelum ini mengadakan pemilihan parti pada tahun lalu yang menyaksikan pembentukan barisan kepimpinan baharu bagi menghadapi cabaran politik semasa serta memperkukuh kedudukan parti dalam Kerajaan Perpaduan.
Penangguhan kongres tahunan itu dilihat memberi keutamaan kepada persiapan menghadapi PRN, yang dijangka menjadi medan penting untuk mengukur sokongan rakyat terhadap parti-parti yang membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan.
PRN N9: PH ikrar teruskan dasar beri manfaat kepada rakyat
Malaysia kekal tegas, tidak tunduk desakan Ahli Kongres AS: Loke
Kerjasama BN-PAS dilihat lebih untungkan UMNO: Penganalisis
PRN NS: Anwar titip pantun, seru kekal bersahabat walau bertanding
Aminuddin serah kepada rakyat nilai sikap BN
[VIDEO] Syarikat telco bocor data Khairul Aming merisaukan, Fahmi arah MCMC dapatkan laporan penuh
[VIDEO] PH sudah buktikan 8 tahun tadbir Negeri Sembilan, PRN ini teruskan kerajaan yang stabil