Kos haji 2026 kekal, Tabung Haji salur bantuan kewangan RM210 juta

October 22, 2025 · Isu semasa

Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan kos haji untuk musim 1447H/2026M dikekalkan dan tidak mengalami sebarang kenaikan berbanding musim sebelumnya.

Keputusan ini dicapai meskipun berdepan dengan peningkatan kos pengurusan jemaah di Tanah Suci dengan anggaran bantuan kewangan disalurkan TH berjumlah RM210 juta bagi memastikan kos haji tidak membebankan jemaah.

Bagi kumpulan B40, kadar bayaran kekal pada RM15,000 seorang, dengan TH menanggung baki kos termasuk bantuan kerajaan sebanyak RM1,000.

Kumpulan M40 pula perlu membayar RM23,500, manakala kumpulan T20 akan menanggung kos penuh sebanyak RM33,300.

Menurut Pengerusi TH, Abdul Rashid Hussain, kejayaan mengekalkan kos ini adalah hasil perancangan strategik yang rapi.

“TH berkeyakinan dapat terus memberikan tahap perkhidmatan yang cemerlang. Kami akan berusaha mengekalkan kualiti perkhidmatan tinggi yang sentiasa diharapkan oleh jemaah,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim atas sokongan berterusan kerajaan.

“Kami juga amat berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana mengekalkan bantuan RM1,000 bagi setiap jemaah B40,” tambah Abdul Rashid.

Pengekalan kos ini turut disokong oleh langkah proaktif TH seperti tempahan awal penginapan dan penerbangan, serta kontrak jangka panjang bagi melindungi jemaah daripada kesan inflasi.

Surat tawaran haji kepada 31,600 bakal jemaah akan dikeluarkan secara berperingkat mulai 24 Oktober ini.

TH turut menasihati bakal jemaah supaya mengemaskini maklumat peribadi dan memastikan simpanan mencukupi sekurang-kurangnya RM15,000 bagi melayakkan diri menerima tawaran atau membuat rayuan.

Permohonan rayuan haji pula dibuka melalui platform THiJARI bermula 3 November.

Berita berkaitan
Pelantikan Ketua Audit Negara perlu bebas campur tangan politik: Syahredzan
September 4, 2026· Politik
Hadi: Jangan guna isu rasuah jatuhkan lawan
September 4, 2026· Politik
AMK desak Madinah jelaskan isu sapina RCI Tabung Haji
September 3, 2026· Politik
Pengerusi TH sanggah dakwaan Madinah tidak dipanggil beri keterangan dalam RCI
September 3, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kad UNHCR bukan lesen langgar undang-undang Imigresen
4 jam lalu · Isu semasa
MCMC diminta sekat jualan dadah dalam talian: Fahmi
11 jam lalu · Isu semasa
Zahid, Fahmi akan bawa isu PKD-NADI ke Kabinet sebulan lagi
13 jam lalu · Isu semasa
Zahid nafi KKDW terlebih belanja projek jalan luar bandar
14 jam lalu · Isu semasa
Jerebu makin teruk, KPM benarkan anak tak ke sekolah
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok