Lokman mengkritik Akmal sebagai 'budak H20' dalam satu wawancara baru-baru ini.
UMNO sebagai parti yang mengamalkan semangat demokrasi sejak 1946 tidak menghalang mana-mana kepimpinan atau ahlinya daripada menyuarakan pandangan dan kritikan, kata Azalina Othman Said.
Ketua Penerangan UMNO itu berkata, sekiranya wujud rasa tidak puas hati terhadap mana-mana pemimpin, pihak yang terlibat bebas untuk merujuk perkara tersebut kepada Lembaga Disiplin parti bagi tindakan selanjutnya.
“UMNO adalah parti yang lama sejak 1946, UMNO ada sistem, prosedurnya sendiri dan disiplin, saya tengok kalau sesiapa tak puas hati, dia boleh lapor ke Lembaga Disiplin parti.
“Tapi UMNO itu memang parti tradisi, dia apa-apa pun isu selalunya bawa ke perbincangan.
“Saya tak ada masalah siapa puas hati, tak puas hati dia boleh bawa dalam mesyuarat (Majlis Kerja Tertinggi),” katanya dipetik laporan media hari ini.
Azalina mengulas mengenai gesaan Pemuda UMNO Bahagian Kapar supaya tindakan diambil terhadap Lokman.
Lokman didakwa membuat kenyataan tidak berasas yang mendakwa KetuaPemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh, mahu menjadikan Hishammuddin Hussein sebagai perdana menteri.
Azalina yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) menekankan UMNO mempunyai sistem dan prosedur disiplinnya yang tersendiri, dan sesiapa yang tidak berpuas hati boleh membuat laporan secara formal.
Beliau turut mengesahkan usul Pemuda UMNO Bahagian Kapar itu tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang lalu.
Sebaliknya, mesyuarat MKT kebelakangan ini lebih memfokuskan pada hal-hal lain termasuk persiapan akhir bagi persidangan agung bahagian.
Azalina baru saja pulang dari Sabah bagi mengatur strategi penerangan untuk calon-calon UMNO yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan datang.
Beliau menyatakan komitmennya untuk melatih dan mempersiapkan semua calon dari aspek penggunaan media sosial dan pembinaan pasukan bagi menghadapi pilihan raya tersebut.
Kes saman Rosmah: Saksi dedah wang, barang kemas bertaburan dalam serbuan Pavilion
Rosmah nafi hilangkan barang kemas dari Lubnan
AMK Johor cadang tangguh PRN, fokus bantu rakyat hadapi krisis
PKR Titiwangsa cadang kuota subsidi diesel kepada pengguna persendirian
Samsuri sahkan pengunduran Hamzah sebagai Ketua Pembangkang
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan