Langkah kurangkan had RON95 penting ketika negara berdepan krisis dunia

March 27, 2026 · Isu semasa

Kerajaan menegaskan penyelarasan had subsidi petrol RON95 tidak akan memberi kesan besar kepada majoriti rakyat, memandangkan sekitar 90 peratus pengguna di negara ini menggunakan kira-kira 100 liter bahan api itu setiap bulan.

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan mengurangkan had kelayakan program BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan dibuat secara seimbang bagi memastikan bantuan terus sampai kepada golongan sasar tanpa menjejaskan kewangan negara.

Menurut beliau, situasi ekonomi global yang semakin mencabar menjadi antara faktor utama kerajaan mengambil langkah tersebut.

Harga minyak mentah dunia kini dilaporkan melepasi paras AS$100 setong, sekali gus memberi tekanan kepada banyak negara.

“Di Hong Kong, harga petrol mencecah sekitar RM14 seliter manakala di Singapura pula sekitar RM10 seliter. Ini realiti yang sedang dihadapi dunia hari ini,” katanya dipetik laporan media.

Beliau menegaskan kerajaan tetap komited melindungi rakyat dengan mengekalkan harga RON95 pada RM1.99 seliter walaupun harga pasaran sebenar dianggarkan sekitar RM3.87 seliter.

“Ini bukan keputusan mudah, tetapi kerajaan memilih untuk terus melindungi rakyat walaupun berdepan tekanan kos yang tinggi,” ujarnya.

Saifuddin turut menjelaskan subsidi bahan api kini mencecah sekitar RM4 bilion sebulan, menjadikannya satu tanggungjawab besar yang perlu diurus secara berhemah.

Justeru, pelaksanaan had 200 liter dilihat tidak membebankan kerana majoriti pengguna berada di bawah paras tersebut.

Pada masa sama, kerajaan masih mengekalkan kuota khas sehingga 800 liter sebulan bagi pemandu e-hailing bagi memastikan sumber pendapatan golongan itu tidak terjejas.

Langkah penyelarasan ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan memperkukuh sistem subsidi bersasar yang diperkenalkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Pendekatan tersebut bertujuan mengelakkan ketirisan serta memastikan hanya golongan yang benar-benar memerlukan terus menerima manfaat.

Saifuddin turut mengingatkan rakyat supaya menggunakan subsidi dengan bijak.

“Bagi yang mampu, sedikit penyesuaian hari ini adalah sumbangan besar untuk memastikan lebih ramai rakyat terus dilindungi,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan penyelarasan sementara had BUDI95 kepada 200 liter sebulan berkuat kuasa 1 April ini susulan ketidaktentuan pasaran minyak global dan konflik antarabangsa yang memberi kesan kepada bekalan serta ekonomi dunia.

Berita berkaitan
Tiada perubahan kepimpinan Negeri Sembilan, Aminuddin kekal MB: PMX
May 1, 2026· Politik
Kesan krisis bekalan global dijangka dirasai sebulan dua lagi: Tengku Zafrul
May 1, 2026· Isu semasa
Majikan diseru lebih prihatin terhadap pekerja: PMX
May 1, 2026· Isu semasa
Anwar rayu sokongan rakyat hadapi tekanan ekonomi
May 1, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh 61 tikaman: Mangsa baharu seminggu sambung semester baharu
8 jam lalu · Isu semasa
Global Sumud Flotilla: 10 rakyat Malaysia sudah dibebaskan
9 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh 61 tikaman: Empat individu direman Polis Kelantan
9 jam lalu · Isu semasa
Global Sumud Flotilla: Nasib 10 aktivis Malaysia masih belum diketahui
May 1, 2026 · Isu semasa
Ebit Lew diperintah bela diri kes gangguan seksual
April 30, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok