Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung.
Lee Chean Chung mengumumkan peletakan jawatan tanpa syarat sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya, berkuat kuasa serta-merta.
Pengumuman itu dibuat dalam sidang media di pejabatnya di Petaling Jaya, hari ini.
Lee yang juga merupakan anggota PKR sebelum ini memenangi kerusi Parlimen Petaling Jaya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Keputusan terbaharu itu menyusuli pengumumannya pada 12 Jun lalu untuk melepaskan jawatan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR berkuat kuasa serta-merta.
Untuk rekod, beliau sudah bersama PKR selama 18 tahun dan memegang jawatan di peringkat pusat selama lapan tahun.
“Saya mengumumkan peletakan jawatan tanpa syarat sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya,” katanya dalam sidang media hari ini.
Peletakan jawatan itu kini membuka ruang kepada perkembangan lanjut berkaitan status kerusi Parlimen Petaling Jaya, termasuk tindakan yang perlu diambil pihak berkaitan selepas menerima notis peletakan jawatan tersebut.
Zahid: PN hanya dapat tujuh kerusi, tak layan tuntutan lebih-lebih
Saifuddin bidas pembangkang sesama sendiri pun berpecah
PRN Melaka: Zahid jamin Ab Rauf kekal Ketua Menteri jika BN menang
Agihan kerusi Melaka: Khalid Samad sifatkan PAS jadi ‘macai’ BN
PRN Melaka: PAS nafi akan umum calon sepentas dengan BN
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum