Rafizi Ramli.
Rafizi Ramli mungkin merasakan dirinya tidak layak untuk menjadi seorang menteri dan menyebabkan beliau menyuarakan hasrat untuk meletak jawatannya.
Pemerhati politik melihat langkah Timbalan Presiden PKR itu menyuarakan hasrat untuk berhenti menjadi Menteri Ekonomi jika kalah dalam pemilihan parti nanti sebagai satu strategi politik untuk meraih sokongan akar umbi.
Seorang pemerhati politik, Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata Rafizi sedar pelantikannya ke Kabinet berdasarkan kedudukannya dalam PKR dan bukan kerana kepakaran dalam bidang ekonomi.
“Ada individu lain lebih layak dalam bidang itu. Beliau tahu menjadi menteri kerana jawatan timbalan presiden PKR,” katanya dipetik laporan portal, FMT.
Dalam program audio siar Yang Bakar Menteri, Rafizi berkata meninggalkan Kabinet akan memberi kelegaan kepadanya kerana ia memberi lebih masa serta kebebasan untuk bersuara mengenai pelbagai isu.
Beliau turut menyatakan ia akan memberinya peluang untuk menumpukan perhatian kepada tanggungjawabnya sebagai Ahli Parlimen Pandan serta membantu PKR bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16.
Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pula berkata kenyataan Rafizi itu mungkin menunjukkan beliau tidak terlalu mementingkan jawatan menteri.
Namun pada masa sama beliau juga mungkin merasakan kehilangan jawatan dalam parti adalah ibarat hilang mandat untuk mewakili PKR dalam kerajaan.
“Walaupun tiada hubungan langsung antara kedua-dua jawatan itu, lazimnya kita menjangkakan menteri dilantik dalam kalangan pemimpin parti yang memerintah,” katanya.
Namun, Syaza mempersoalkan masa kenyataan itu dibuat, iaitu menjelang pemilihan parti yang seolah-olah menjadikannya seperti seorang yang kecil hati.
“Beliau ada menyatakan tidak mengapa jika beliau kalah kerana menjadi menteri itu sesuatu yang sukar. Tetapi jika beliau benar-benar percaya begitu, mengapa bertanding semula?” soalnya.
PRN Melaka: Zahid jamin Ab Rauf kekal Ketua Menteri jika BN menang
Agihan kerusi Melaka: Khalid Samad sifatkan PAS jadi ‘macai’ BN
PRN Melaka: PAS nafi akan umum calon sepentas dengan BN
AGC bawa kes pembatalan pendaftaran PN ke Mahkamah Rayuan
DUN Sarawak bubar 26 Oktober ini, beri laluan PRN diadakan
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum