Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) membuka 42 kertas siasatan berhubung penyebaran berita palsu berkaitan krisis tenaga global yang semakin tular di media sosial.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, berkata setakat jam 3 petang tadi, seramai 22 individu dari pelbagai lokasi di seluruh negara telah dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan.
Menurutnya, majoriti kes melibatkan maklumat tidak tepat mengenai kos bahan api.
“Daripada 42 kertas siasatan yang dibuka, 31 daripadanya membabitkan berita palsu berkaitan kos bahan api,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet dan Taklimat Harian Krisis Tenaga Global hari ini.
Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan MCMC telah membuat sebanyak 355 permohonan untuk menurunkan kandungan palsu daripada pelbagai platform media sosial.
“Setakat ini, 154 kandungan telah diturunkan oleh penyedia platform, manakala selebihnya masih dalam siasatan,” katanya.
Krisis tenaga global yang berpunca daripada ketidaktentuan geopolitik dan gangguan rantaian bekalan sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah memberi tekanan kepada harga bahan api di seluruh dunia.
Situasi ini turut mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat, sekali gus membuka ruang kepada penyebaran maklumat tidak sahih.
Mengulas perkara itu, Fahmi mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam menerima dan menyebarkan maklumat, khususnya di media sosial.
Beliau menegaskan terdapat pihak tertentu yang mengambil kesempatan terhadap situasi semasa untuk menyebarkan berita palsu demi meraih perhatian.
“Jangan berkongsi sebarang maklumat selagi belum dipastikan kesahihannya. Sebaliknya, rujuk sumber rasmi dan pihak berwajib bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat,” katanya.
Kerajaan kaji pengecualian PTPTN untuk graduan kelas pertama
RM14 bilion wang tidak dituntut, ramai tak sedar: Amir Hamzah
Winbox, Alibaba antara sindiket judi dalam talian terbesar dalam pantauan polis
Pengerusi TH terima Ijazah Kehormat Doktor Da’wah dan Pengurusan USIM
Mahkamah keluar injunksi halang Bloomberg siar artikel berkait Farhash: Laporan
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum