MIC sebelum ini membawa usul untuk keluar daripada Barisan Nasional (BN).
MIC tidak menolak kemungkinan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN), namun keputusan muktamad masih belum dicapai dan memerlukan perbincangan yang lebih teliti.
Presiden MIC, S. A. Vigneswaran, menyifatkan pelawaan daripada Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, sebagai satu bentuk ‘merisik’ atau pendekatan awal.
“Kemungkinan kot. Ini sebelum meminang, bukan perkara kecil dan saya tidak mahu mengulas lanjut kerana ia harus diperhalusi.
“Keputusan akan diambil dalam masa terdekat,” jelas Vigneswaran dipetik laporan media.
Beliau menegaskan bahawa PAS dan Bersatu bukanlah musuh kepada MIC, walaupun tidak berada dalam pakatan yang sama.
“MIC pernah bekerja dengan kepimpinan kedua-dua parti ini dan tidak pernah ada masalah,” katanya lagi.
Mengenai kenyataan Timbalan Pemuda MIC yang menghadiri majlis Armada Bersatu baru-baru ini, Vigneswaran menegaskan isu itu adalah hal dalaman Barisan Nasional (BN) dan telah dijelaskan kepada Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi.
“Beliau minta kita, jadi kita kena bercakap dengan dialah, bukan bercakap dengan media,” tegasnya.
Terdahulu, Tuan Ibrahim menyambut baik sebarang penyertaan parti atau NGO untuk bersama-sama PN dan memberi jaminan bahawa kedudukan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) tidak akan terjejas.
Vigneswaran juga menafikan dakwaan lawatan hormatnya kepada bekas Perdana Menteri, Najib Razak, adalah isyarat untuk meninggalkan BN.
“Itu tidak benar. Kalau ada hal berkaitan BN, saya kena cakap dengan Datuk Seri Zahid, bukan dengan Datuk Seri Najib,” katanya.
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
Seorang MKT UMNO persoal gesaan ganti Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
Jika BN-PH bersama, saya tak bertanding PRN Melaka: Akmal
Gobind mahu peruntukan Ahli Parlimen bebas diskriminasi
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri