Minyak dunia alami kenaikan harga ekoran krisis di Asia Barat

June 23, 2025 · Isu semasa

Harga minyak meningkat lebih 2% pada sesi dagangan pertama selepas Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan terus ke atas Iran, mencetuskan kebimbangan terhadap bekalan minyak dari Timur Tengah.

Minyak mentah AS meningkat sebanyak AS$1.76 atau 2.38% kepada AS$75.60 setong pada malam Ahad, manakala penanda aras global Brent naik AS$1.80 atau 2.34% kepada AS$78.81 setong.

Brent sebelum itu melonjak 5.7% mencecah AS$81 sebelum susut sedikit.

Presiden Donald Trump mengejutkan pasaran pada hari Sabtu dengan pengumuman Washington telah campur tangan secara langsung dalam konflik Iran-Israel dan melancarkan serangan ke atas tiga tapak nuklear Iran di Fordo, Natanz dan Isfahan.

Pelabur kini menunggu reaksi Iran terhadap serangan AS yang belum pernah berlaku ini.

Menteri Luar Iran pada Ahad berkata, Republik Islam itu mempunyai “semua pilihan” untuk mempertahankan kedaulatannya.

Menurut S&P Global Platts, kenaikan awal harga minyak mungkin mereda jika Iran tidak bertindak balas.

Senario paling buruk bagi pasaran minyak ialah jika Iran cuba menutup Selat Hormuz, menurut penganalisis tenaga kerana kira-kira 20 juta tong minyak mentah sehari bersamaan 20% penggunaan global mengalir melalui selat itu pada 2024, menurut Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) AS.

Media rasmi Iran melaporkan Parlimen Iran menyokong penutupan selat tersebut, namun keputusan akhir terletak di tangan Majlis Keselamatan Negara Iran.

Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, memberi amaran kepada Iran supaya tidak menutup selat itu kerana tindakan itu akan menjadi “bunuh diri ekonomi” kerana eksport Iran juga melalui laluan perairan tersebut, kata beliau.

“Kita ada pilihan untuk menangani perkara ini. Ia akan memberi kesan lebih buruk kepada ekonomi negara lain berbanding kita. Ia akan menjadi satu peningkatan ketegangan besar yang akan memerlukan tindak balas bukan sahaja daripada kita, tetapi juga daripada pihak lain, kata Rubio kepada Fox News.

Iran menghasilkan 3.3 juta tong sehari (bpd) pada Mei, menurut laporan pasaran minyak bulanan OPEC pada Jun.

Ia mengeksport 1.84 juta bpd bulan lalu, dengan majoritinya dijual kepada China, menurut data Kpler.

Rubio menyeru China supaya menggunakan pengaruhnya bagi menghalang Tehran daripada menutup selat itu kerana separuh daripada import minyak mentah China melalui laut datang dari Teluk Parsi.

Versi Ringkas:

✔ Harga minyak naik 2% selepas AS serang Iran
✔ Risiko Iran tutup Selat Hormuz – ancam 20% bekalan global
✔ AS amat Iran: Tutupan selat = “bunuh diri ekonomi”
✔ China mungkin terjejas teruk
✔ Pasaran minyak tidak stabil buat sementara waktu

Berita berkaitan
Harga minyak tanpa subsidi naik 35 sen susulan ketegangan Asia Barat: MOF
September 16, 2026· Isu semasa
Harga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik 25 sen
September 9, 2026· Isu semasa
PKR berdepan cabaran, Anwar ajak ‘otai’ kembali ke landasan perjuangan
August 15, 2026· Politik
Krisis Bersatu Terengganu: Tiga pemimpin kanan lepaskan jawatan
August 7, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
1MDB mohon izin rayu keputusan libat firma guaman UK
September 21, 2026 · Isu semasa
Lawatan Anwar ke Shanghai perkukuh hubungan Malaysia-China
September 21, 2026 · Isu semasa
MCMC siasat video pementasan 2018 yang kembali tular
September 21, 2026 · Isu semasa
Gaji rakyat Malaysia naik kepada RM3,803 pada 2025
4 jam lalu · Isu semasa
Kes scam: Pesara guru rugi RM15,000 ditipu sindiket menyamar pegawai polis
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok