MPT Bersatu tak bincang beri peluang kepada ahli yang dipecat dan digantung: Tun Faisal

November 7, 2025 · Politik

Parti Bersatu menafikan laporan media yang mendakwa parti itu membincangkan cadangan untuk memberi peluang kedua kepada ahli-ahlinya yang dipecat atau digantung.

Menurut Ketua Penerangannya, Tun Faisal Ismail Aziz, isu tersebut langsung tidak dibangkitkan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang diadakan pada 4 November lalu.

Beliau menegaskan laporan media berkenaan adalah tidak tepat dan berunsur mengelirukan.

“Merujuk kepada tajuk berita tersebut, saya ingin memaklumkan bahawa perkara tersebut tidak dibincangkan dalam Mesyuarat MPT Bersatu.

“Laporan yang memetik kenyataan ‘sumber dalaman’ adalah tidak benar,” jelas Tun Faisal dalam kenyataan hari ini.

Tun Faisal seterusnya menjelaskan semua prosedur berkaitan tindakan disiplin dan rayuan telah termaktub dengan jelas dalam Perlembagaan parti.

Beliau menekankan mana-mana ahli yang dihukum oleh Lembaga Disiplin mempunyai saluran rayuan yang sah untuk diikuti.

“Berdasarkan Fasal 22.6, mana-mana ahli yang dihukum boleh mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan dalam tempoh tertentu.

“Keputusan muktamab mengenai rayuan tersebut terletak sepenuhnya di bawah pertimbangan Lembaga Rayuan berdasarkan kuasa yang diperuntukkan,” ulas beliau.

Penafian ini dikeluarkan ekoran suasana pergolakan dalaman parti baru-baru ini, yang menyaksikan pemecatan dan penggantungan beberapa ahlinya.

Tun Faisal menegaskan komitmen parti untuk terus berpegang teguh pada peraturan yang sedia ada.

“Kita menghormati perlembagaan parti dan semua keputusan mesti diputuskan melalui saluran yang sewajarnya. Proses berkaitan kedudukan ahli akan terus mengikut prosedur yang termaktub,” tegasnya lagi.

Berita berkaitan
Saifuddin bidas pembangkang sesama sendiri pun berpecah
14 jam lalu· Politik
Abu Bakar kekal MB Perlis walaupun digantung keahlian Bersatu: Laporan
October 22, 2026· Politik
Muhyiddin: Jangan salah guna kuasa dalam PN, ambil pengajaran
October 20, 2026· Politik
Gagal urus gabungan, bagaimana PN mahu perintah negara?
October 20, 2026· Rencana
Lagi Politik terkini
Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar
8 jam lalu · Politik
PRN Melaka: Zahid mahu jentera BN terima PAS, alu-alukan kerjasama
8 jam lalu · Politik
BN umum 21 calon, Akmal dan Helmy kekal bertanding
9 jam lalu · Politik
PRN Melaka: PH umum 21 calon akan bertanding, Adly Zahari pertahan Bukit Katil
9 jam lalu · Politik
Pemimpin MCA keluar majlis pengumuman calon, bantah agihan kerusi di Melaka: Laporan
9 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok