Muhyiddin akui Bersatu hadapi isu dalaman

November 5, 2025 · Politik

Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin mengakui wujud sedikit masalah dalaman dalam parti itu, namun menegaskan kepemimpinan tertinggi kini sepakat memperkukuh semula perpaduan dan kekuatan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.

Menurut Muhyiddin, isu tersebut dibincangkan secara terbuka dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang berlangsung dengan suasana tenang dan penuh muafakat di ibu pejabat parti malam tadi.

“Memang kita menghadapi sedikit masalah dalam Bersatu, tetapi malam ini semua bersepakat untuk mencari jalan segera bagi kembali bertaut sebagai satu jemaah yang padu dan kuat,” katanya.

Beliau turut mengakui wujud segelintir pihak yang mencetuskan kekecohan, namun menegaskan perkara itu telah diputuskan untuk dihentikan serta-merta.

“Walaupun bilangannya tidak ramai, tetapi riuhnya seolah-olah satu kampung mendengarnya.

“Kami sedar akan perkara itu dan telah sepakat bahawa ia perlu dihentikan segera, tidak ada apa-apa lagi yang harus dibangkitkan,” katanya lagi.

Muhyiddin turut memaklumkan pembahagian kerusi yang akan ditandingi Bersatu dalam PRN Sabah telah dimuktamadkan selepas mengambil kira rundingan bersama komponen lain dalam Perikatan Nasional (PN).

“Persiapan di Sabah sudah kita mulakan. Hari ini kita telah memutuskan kerusi yang akan ditandingi oleh Bersatu.

“Namun, Pas dan Parti Gerakan juga mempunyai bahagian masing-masing,” katanya.

Tambahnya lagi, beliau akan ke Sabah pada 7 November ini bagi melancarkan jentera pilihan raya PN, sebelum kembali semula ke negeri itu pada 11 November untuk mengumumkan senarai penuh calon yang akan bertanding.

Dengan semangat baharu yang ditunjukkan kepemimpinan Bersatu, Muhyiddin yakin parti itu mampu menampilkan kekuatan lebih tersusun dan fokus dalam menghadapi cabaran politik mendatang.

Berita berkaitan
Amanah cadang PH bentuk ‘khemah besar’ hadapi PRU-16, kerjasama dengan Bersatu
11 jam lalu· Politik
Kedudukan Bersatu dalam PN bakal dibincang, bakal disingkir?
September 1, 2026· Politik
Bersatu sambut baik langkah kerajaan ringankan beban rakyat: Muhyiddin
August 31, 2026· Politik
Bersatu masih komponen PN, tapi hubungan politik terhenti secara teknikal: Takiyuddin
August 30, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PAS Terengganu cadang calon PM dari negeri itu
2 jam lalu · Politik
PAS dicabar tarik balik Amanat Hadi, ramai orang UMNO masih tersinggung
7 jam lalu · Politik
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
7 jam lalu · Politik
Pelantikan Ketua Audit Negara perlu bebas campur tangan politik: Syahredzan
8 jam lalu · Politik
PAS-UMNO makin terbuka, hantar wakil hadir ke PAU
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok