Muhyiddin mohon pindah kes Jana Wibawa ke Mahkamah Tinggi

May 14, 2025 · Politik

Bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sekali lagi mengemukakan permohonan supaya tujuh kes menyalahgunakan kedudukan dan menerima wang daripada aktiviti haram dihadapinya, dipindahkan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Muhyiddin Yassin memohon untuk memindahkan tujuh kes menyalahgunakan kedudukan dan menerima wang haram dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Tarikh pendengaran permohonan ditetapkan pada 16 Jun di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin, dengan pengurusan kes pada 11 Julai.

Muhyiddin didakwa atas empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan RM232.5 juta dan tiga pertuduhan menerima wang haram RM200 juta, berkaitan Projek Jana Wibawa.

Peguam Tang Jia Wearn yang mewakili Muhyiddin memaklumkan perkara itu kepada Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi bahawa tarikh pendengaran permohonan berkenaan telah ditetapkan pada 16 Jun di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin.

“Oleh itu, mohon mahkamah ini menetapkan tarikh pengurusan kes bagi mengetahui status permohonan berkenaan,” katanya pada sebutan kes itu, yang turut dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Noralis Mat dan Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal.

Terdahulu, Noralis berkata pihaknya telah menyerahkan senarai saksi bagi pertuduhan pengubahan wang haram dan dokumen berkaitan kes berkenaan hari ini kepada pihak pembelaan dan perkara itu disahkan oleh Tang.

Mahkamah kemudian menetapkan 11 Julai ini untuk pengurusan kes bagi mengetahui status perkembangan permohonan itu dan kehadiran Muhyiddin turut dikecualikan pada prosiding berkenaan.

Dalam permohonan difailkan 4 April lepas, Muhyiddin berkata terdapat isu-isu perundangan rumit dan kesulitan luar biasa yang dijangka timbul, khususnya berkaitan isu perlembagaan beberapa peruntukan di dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Presiden Bersatu itu berkata kes berkenaan adalah kes berkepentingan awam yang menarik perhatian masyarakat umum serta mendapat liputan media meluas dari dalam dan luar negara, selain ia tidak akan menimbulkan sebarang prejudis kepada pihak pendakwaan sekiranya permohonan itu dibenarkan.

Pada 27 April 2023, Muhyiddin memfailkan permohonan memindahkan kes dihadapinya dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi, namun pada 10 Julai tahun yang sama, beliau menarik balik permohonan untuk memindahkan kes selepas pihak pembelaan menghantar surat penarikan permohonan itu kepada pihak pendakwaan.

Muhyiddin, 77, sebagai Perdana Menteri (ketika itu) dan Presiden Bersatu didakwa atas empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk suapan berjumlah RM232.5 juta berkaitan Projek Jana Wibawa daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Datuk Azman Yusoff bagi parti berkenaan.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.

Ahli Parlimen Pagoh itu juga berdepan tiga pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM200 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke akaun Ambank dan CIMB Bank milik Bersatu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di lokasi berasingan di AmBank cawangan Amcorp Mall, Petaling Jaya pada 7 Jan 2022 dan CIMB Bank Cawangan Menara KL, Jalan Stesen Sentral di sini antara 25 Feb dan 16 Julai 2021 serta 8 Feb dan 8 Julai 2022. – Bernama

Berita berkaitan
Muktamad! Tiada kerjasama dengan PAS walaupun putus dengan Bersatu: Zahid
4 jam lalu· Politik
UMNO jangan ulang formula lama kerjasama dengan PAS: Mahfuz
4 jam lalu· Politik
Bersatu tetap teguh walau ditinggalkan PAS: Azmin
5 jam lalu· Politik
Seorang guru didakwa amang seksual dua murid, miliki bahan lucah
5 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Amanah sasar bertanding 20 kerusi pada PRN Johor
5 jam lalu · Politik
Perpisahan PAS-Bersatu sudah dijangka apabila tiada keikhlasan: Zahid
5 jam lalu · Politik
Bersatu kecewa PAS tamatkan kerjasama, tetap kekal dalam PN: Muhyiddin
5 jam lalu · Politik
Rekod PAS jelas, kawan akan jadi lawan: Saifuddin Nasution
5 jam lalu · Politik
UMNO kena hati-hati dengan PAS, jangan masuk ‘lubang biawak’ lagi: Puad
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok