Najib Razak terlibat dalam skandal kewangan terbesar, 1MDB.
Bekas perdana menteri, Najib Razak memfailkan permohonan untuk mengemukakan bukti baharu bagi menyokong rayuannya dalam kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Rayuan.
Permohonan itu difailkan menerusi firma guaman Shafee & Co minggu lalu mengikut Seksyen 61 Akta Mahkamah Kehakiman 1964, yang membolehkan bukti baharu dikemukakan selepas perbicaraan selesai tertakluk kepada syarat tertentu.
Menurut laporan portal berita tempatan, bukti baharu tersebut dikaitkan dengan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low serta bekas peguam 1MDB, Jasmine Loo.
Jho Low sebelum ini tidak dipanggil oleh pihak pendakwaan untuk memberi keterangan sepanjang perbicaraan di Mahkamah Tinggi, manakala Jasmine Loo tampil sebagai saksi pendakwaan dalam kes berkenaan.
“Permohonan itu dibuat bagi menyokong rayuan yang sedang berlangsung di Mahkamah Rayuan,” menurut laporan tersebut.
Setakat ini, Mahkamah Rayuan masih belum menetapkan tarikh pendengaran kerana menunggu alasan penghakiman bertulis daripada hakim bicara, Collin Lawrence Sequerah.
Pada 26 Disember tahun lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan Najib bersalah atas 25 pertuduhan melibatkan penyelewengan dana 1MDB bernilai RM2.28 bilion. Pertuduhan itu merangkumi empat kes salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun serta denda RM11.387 bilion terhadap bekas perdana menteri itu.
Hakim turut memerintahkan hukuman penjara tersebut bermula selepas Najib selesai menjalani hukuman dalam kes SRC International pada tahun 2028.
Kes 1MDB menjadi antara skandal kewangan terbesar negara dan mendapat perhatian antarabangsa selepas siasatan mendapati berbilion ringgit didakwa diseleweng daripada syarikat pelaburan strategik milik kerajaan itu.
Siasatan turut melibatkan beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, Singapura dan Switzerland.
Pada Januari 2024, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan mengurangkan hukuman penjara Najib dalam kes SRC International daripada 12 tahun kepada enam tahun, selain mengurangkan denda daripada RM210 juta kepada RM50 juta.
Berdasarkan pengurangan itu, beliau dijangka menamatkan hukuman pada 23 Ogos 2028.
Laporan RCI Tabung Haji: Amaran BNM sejak 2014 tidak diendahkan, tanggung rugi RM10 bilion
Pelaku sebabkan kerugian Tabung Haji akan disiasat : PM
Myanmar setuju terima semula 5,000 Rohingya dari Malaysia
Sindiket SMS penipuan guna fake BTS digempur MCMC, seorang ditahan di Johor
TH sudah laksana 75 peratus syor RCI, komited perkukuh tadbir urus
[VIDEO] Jangan tertipu ‘cium mulut’ BN dan PAS, jangan beri satu undi pun kepada UMNO
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS