Najib fail notis rayuan terhadap sabitan, hukuman 1MDB: Laporan

December 30, 2025 · Isu semasa

Najib Razak mengemukakan notis rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Peguamnya, Muhammad Farhan Muhammad Shafee berkata notis tersebut difailkan pada malam 29 Dis. Perkara itu turut disahkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib.

Rayuan itu mencabar sabitan yang dibacakan Jumaat lalu oleh Hakim Collin Lawrence Sequerah, yang mendapati Najib bersalah atas empat pertuduhan penyalahgunaan kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM2.3 bilion dana milik kerajaan.

Bagi pertuduhan penyalahgunaan kuasa, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun bagi setiap pertuduhan serta denda keseluruhan sebanyak RM11.4 bilion, atau dipenjara 40 tahun jika gagal membayarnya.

Bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram, Najib dikenakan hukuman penjara lima tahun bagi setiap pertuduhan tanpa sebarang denda dikenakan.

Bekas perdana menteri berusia 72 tahun itu hanya akan menjalani hukuman penjara 15 tahun kerana mahkamah memerintahkan semua hukuman penjara berjalan serentak.

Hukuman ini akan berkuat kuasa selepas Najib selesai menjalani tempoh pemenjaraan selama enam tahun bagi kes membabitkan SRC International, yang akan berakhir pada 23 Ogos 2028.-Bernama

Berita berkaitan
Projek RM1.1 bilion: Bekas pembantu Rafizi sambung beri keterangan esok
12 jam lalu· Isu semasa
Parti Amanah nafi terlibat dalam isu dana zakat
19 jam lalu· Politik
Permohonan pindah kes rasuah Shamsul Iskandar ditolak mahkamah
20 jam lalu· Isu semasa
SPRM ambil keterangan bekas pembantu Rafizi esok
April 27, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Krisis politik Negeri Sembilan: Persatuan peniaga bimbang ekonomi negeri terjejas
16 jam lalu · Isu semasa
Seorang individu didenda RM30,000 hina institusi kehakiman di FB: MCMC
16 jam lalu · Isu semasa
Malaysia kekal terbuka terima pelabur, tapi kedaulatan diutamakan: Anwar
April 27, 2026 · Isu semasa
Seorang lelaki disiasat berhubung kandungan hina Sultan Selangor: MCMC
April 27, 2026 · Isu semasa
Polis siasat hantaran Facebook hina Sultan Selangor
April 27, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok