Bekas pengerusi UMNO Selangor, Noh Omar.
Noh Omar menafikan sama sekali tuduhan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, yang mendakwanya sebagai pengkhianat parti sehingga membawa kepada pemecatannya.
Bekas Pengerusi UMNO Selangor menegaskan tidak pernah terlibat dalam sebarang tindakan sabotaj terhadap UMNO seperti didakwa Zahid dan mempersoalkan sama ada wujud asas berhubung semua tuduhan itu.
“Kalau saya sabotaj parti di Tanjong Karang, mengapa seluruh Selangor satu pun tak menang? Adakah saya sabotaj seluruh Selangor?”
Beliau turut mempersoalkan dakwaan sabotaj di kawasan lain seperti Bagan Datuk.
“Presiden parti beza 340 lebih saja, ada sabotaj ke? Janganlah nak tuduh saya ni sabotaj parti,” soalnya lagi.
Beliau menjelaskan pemecatannya dari UMNO adalah atas permintaannya sendiri ekoran tidak dapat menerima tuduhan tersebut.
“Bila dia kata saya sabotaj parti, itu memang saya tak boleh terima. Sebab itu saya yang minta dipecat parti; jarang orang UMNO minta dipecat,” ujarnya lagi.
Mengenai gelaran ‘pengkhianat’, Noh membalas dengan menyifatkan Zahid sebagai individu yang mengkhianati keputusan parti.
Beliau mendedahkan satu insiden pada 2020 apabila Zahid didakwa cuba mendapatkan sokongan Ahli Parlimen untuk menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, sedangkan keputusan Perhimpunan Agung pada masa itu adalah ‘No Anwar, No DAP’.
“Presiden pun dah berjanji dan bersumpah. Tapi itulah, bila saya tak nak sign SD (akuan bersumpah), langkah dia gagal,” katanya.
G25 mahu rakyat tahu nasihat AG mengenai tahanan rumah Najib
Pengampunan Najib: Anwar dedah apa yang dibincangkan dengan Agong
Isu letak jawatan: Anwar mahu jumpa Loke selepas pulang dari Shanghai
Najib kekal di Kajang selagi denda RM50 juta belum dibayar
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum