OPR dijangka kekal, ekonomi Malaysia terus stabil: SME Bank

January 15, 2026 · Isu semasa

Kadar Dasar Semalaman (OPR) dijangka kekal pada paras 2.75 peratus sepanjang 2026, langkah yang dilihat mampu mengekalkan kestabilan monetari dan menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia dalam persekitaran global yang semakin mencabar.

SME Bank menerusi Laporan Unjuran Ekonomi Malaysia 2026 mengunjurkan ekonomi negara berkembang sebanyak 4.3 peratus, disokong terutamanya oleh permintaan domestik yang berdaya tahan dan peranan kukuh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Unjuran ini selari dengan jangkaan Kementerian Kewangan, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia.

Menurut laporan itu, kestabilan dasar monetari dan fiskal dijangka membantu menyerap kesan luaran seperti peningkatan perlindungan perdagangan serta ketegangan geopolitik global.

“Momentum pertumbuhan domestik yang mampan akan terus menjadi benteng utama ekonomi negara,” menurut kenyataan laporan berkenaan.

Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Samad Majid Zain, berkata prospek ekonomi Malaysia pada 2026 kekal positif dengan PMKS menjadi tulang belakang kepada permintaan domestik, peluang pekerjaan dan peningkatan produktiviti.

“Belanjawan 2026 memperkukuh lagi asas ini melalui peruntukan pembiayaan dan kemudahan penjaminan bernilai RM50 bilion,” katanya.

Beliau menambah, SME Bank diamanahkan untuk melaksanakan hampir RM2 bilion inisiatif strategik nasional bagi membantu PMKS meningkatkan skala perniagaan, mengadaptasi teknologi dan memperbaiki produktiviti sejajar kerangka Ekonomi MADANI.

Bagi segi sektor, perkhidmatan dijangka kekal sebagai penyumbang utama pertumbuhan, dipacu perbelanjaan isi rumah yang disokong oleh bantuan tunai seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Sumbangan Asas Rahmah (SARA) serta pelarasan gaji penjawat awam Fasa 2.

Langkah-langkah ini dilihat membantu meredakan tekanan kos sara hidup dan mengekalkan kuasa beli rakyat.

Namun, sektor pembuatan kekal terdedah kepada risiko luaran berikutan kebergantungan tinggi kepada eksport, manakala sektor pembinaan dijangka kembali sederhana selepas lonjakan pasca pandemik.

Sektor perlombongan pula dijangka kekal lemah susulan permintaan global yang perlahan dan harga minyak yang lebih rendah.

Sementara itu, Ketua Analisis Ekonomi SME Bank, Mazlina Abdul Rahman, berkata inflasi dijangka meningkat sederhana kepada 1.7 peratus pada 2026 tetapi kekal terkawal.

“Harga minyak yang lebih rendah, pengukuhan ringgit dan ketiadaan penstrukturan subsidi bahan api dijangka membantu mengekang tekanan inflasi,” katanya.

Berita berkaitan
Kesan krisis bekalan global dijangka dirasai sebulan dua lagi: Tengku Zafrul
May 1, 2026· Isu semasa
Anwar rayu sokongan rakyat hadapi tekanan ekonomi
May 1, 2026· Isu semasa
Krisis politik Negeri Sembilan: Persatuan peniaga bimbang ekonomi negeri terjejas
April 28, 2026· Isu semasa
SPRM ambil keterangan bekas pembantu Rafizi esok
April 27, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh 61 tikaman: Mangsa baharu seminggu sambung semester baharu
12 jam lalu · Isu semasa
Global Sumud Flotilla: 10 rakyat Malaysia sudah dibebaskan
12 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh 61 tikaman: Empat individu direman Polis Kelantan
12 jam lalu · Isu semasa
Majikan diseru lebih prihatin terhadap pekerja: PMX
May 1, 2026 · Isu semasa
Global Sumud Flotilla: Nasib 10 aktivis Malaysia masih belum diketahui
May 1, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok