PN diresapi ‘sistem Mullah’, PAS buat keputusan bersendirian: Tun Faisal

22 jam lalu · Politik

Keputusan PAS mengekalkan Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang walaupun sebelum ini Perikatan Nasional (PN) mengumumkan Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai penggantinya terus mencetuskan polemik dalam gabungan itu.

Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa perkembangan terbaharu itu menunjukkan PN kini seolah-olah diresapi “sistem Mullah” apabila keputusan yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN boleh diubah melalui campur tangan kepimpinan PAS.

Menurut beliau, tindakan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mengumumkan Hamzah kekal memegang jawatan tersebut merupakan satu pusingan U yang telah dijangka lebih awal.

“Pada 7 Mei 2022, Presiden UMNO pernah mengingatkan mengenai PAS dengan mengatakan, ‘PAS talam dua muka, siang cakap lain, malam berubah cakap lain’.

“Jadi memang telah dijangka Presiden PAS akan buat U-turn dan akan veto keputusan Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional,” katanya dalam satu kenyataan.

Tun Faisal berkata, keputusan berkaitan jawatan Ketua Pembangkang sebelum ini telah diputuskan menerusi Mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang dianggotai pimpinan tertinggi PAS dan Bersatu.

Beliau turut mempersoalkan bagaimana keputusan tersebut boleh berubah walaupun struktur utama dalam PN ketika ini banyak dikuasai oleh pemimpin PAS.

“Walaupun telah diputuskan dalam Mesyuarat MT PN, yang pengerusinya dari PAS, begitu juga timbalan pengerusi, setiausaha agung, bendahari dan ketua pemuda, tetapi Presiden PAS yang bukan anggota MT PN boleh memveto keputusan itu seolah-olah PN sekarang sedang menggunakan sistem Mullah,” katanya.

Kenyataan Tun Faisal dibuat susulan pengumuman Abdul Hadi pada Konvensyen Reset di Tanah Merah, Kelantan pada Sabtu untuk mengekalkan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang.

Menurut Abdul Hadi, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan Ahli Parlimen PAS dan juga wakil rakyat lain dalam PN.

“Ahli Parlimen PAS dan PN… kita tak ambil pandangan PAS sahaja tetapi Ahli Parlimen PN, maka PAS membuat keputusan Hamzah kekal sebagai Ketua Pembangkang,” katanya.

Pengumuman tersebut mengejutkan banyak pihak kerana sebelum ini PN telah memaklumkan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar, bakal mengambil alih jawatan itu susulan peletakan jawatan Hamzah.

Berita berkaitan
Zaid dahulu pernah cabar hukum hudud, Amanah persoal pendirian selepas masuk PAS
June 15, 2026· Politik
PAS didakwa menipu, Rosli bukan bekas pengerusi Amanah NS: Hasbie
14 jam lalu· Politik
Zaid ‘katak politik’, sertai PAS bukan kejutan: Khaled Nordin
18 jam lalu· Politik
PAS buat pusingan-U, Hadi umum Hamzah jadi Ketua Pembangkang bukan Samsuri
June 13, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Nie Ching tegur bahasa digunakan ketua pengarah JKOM baharu
June 15, 2026 · Politik
Syam Ghaz akan ambil tindakan undang-undang terhadap Lim Sian See
14 jam lalu · Politik
PKR sahkan bertanding 16 kerusi di Negeri Sembilan, 20 di Johor
17 jam lalu · Politik
UMNO nafi dakwaan jadi punca kerajaan Negeri Sembilan tidak stabil: Asyraf Wajdi
18 jam lalu · Politik
Nama parti Wawasan sudah ada di Sarawak, RoS digesa campur tangan
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok