PAS patut keluar PN jika rasa dipermainkan: AMK Johor

February 2, 2026 · Politik

PAS disaran meninggalkan Perikatan Nasional (PN) atau bergerak secara solo bagi memastikan kelangsungan politik parti itu susulan ketegangan terbaharu antara PAS dan Parti Bersatu.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Faezuddin Puad berkata, PAS juga boleh mempertimbangkan untuk menubuhkan gabungan politik baharu tanpa penglibatan Bersatu sekiranya konflik dalaman PN berterusan.

Menurutnya, isu dakwaan bahawa PAS bersetuju memansuhkan jawatan Pengerusi PN menunjukkan hubungan antara kedua-dua parti itu semakin rapuh.

“Siapa sebenarnya yang bercakap benar? PAS atau Bersatu? Jika PAS merasakan parti itu dipermainkan, lebih baik PAS tinggalkan PN dan bergerak solo dalam arena politik negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Faezuddin yang juga Ketua PKR Cabang Pulai berkata, pilihan lain ialah PAS mengekalkan PN tetapi tanpa Bersatu, dengan kerjasama bersama Parti Gerakan Tanah Air (Gerakan) dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP).

“Bersama Bersatu dalam keadaan tidak menentu hanya melemahkan PAS dan boleh menjejaskan keyakinan rakyat terhadap parti itu,” katanya.

Beliau turut berpandangan PAS kelihatan terlalu berhati-hati dalam membuat keputusan besar dan menegaskan parti itu tidak sepatutnya takut menentukan hala tuju sendiri.

Faezuddin mencadangkan PAS mempertimbangkan untuk bertanding di semua kerusi majoriti Melayu yang kini ditandingi Bersatu pada pilihan raya akan datang.

PN merupakan gabungan politik yang ditubuhkan selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan pada 2020, dengan PAS dan Bersatu menjadi antara tonggak utama gabungan itu.

Namun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, spekulasi mengenai perbezaan strategi dan kepimpinan antara parti komponen sering timbul.

Minggu lalu, PAS melalui sepucuk surat kepada presiden parti komponen PN menafikan dakwaan bahawa jawatan Pengerusi PN telah dimansuhkan.

PAS menegaskan perkara itu tidak pernah dibincangkan atau dipersetujui, termasuk dalam mesyuarat pada 16 Januari lalu.

Faezuddin menegaskan PAS perlu membuat keputusan segera kerana kemungkinan pilihan raya lebih awal sentiasa wujud dalam landskap politik semasa.

“PAS perlu buat keputusan sekarang untuk pastikan masa depan politik mereka kekal kuat,” katanya.

Berita berkaitan
SPRM perlu teliti isu RM2.1 bilion projek jalan luar bandar: AMK
23 jam lalu· Politik
Dialog dengan Myanmar bukan tanda sokong junta: Muhammad Kamil
October 7, 2026· Isu semasa
Bersatu dakwa PAS yang rosakkan PN, desak jawab aduan RoS
October 6, 2026· Politik
Dua pemimpin pemuda PAS, PKR selesai kes saman fitnah secara baik
October 6, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PH umum calon PRN Melaka minggu depan
14 jam lalu · Politik
Kemelut Exco: MB Negeri Sembilan minta selesaikan satu-satu
14 jam lalu · Politik
DNAA: Zahid, AG dapat kebenaran cabar semakan kehakiman Badan Peguam
20 jam lalu · Politik
Aminuddin terkejut 10 Exco saman kerajaan Negeri Sembilan
22 jam lalu · Politik
Isu RM2.1 bilion KKDW: Akmal persoal laporan Guan Eng kepada SPRM
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok