PAS ragui cadangan ‘kolaborasi agung’ dibawa UMNO, enggan menyokong

January 22, 2026 · Politik

PAS berpandangan cadangan pembentukan “Kolaborasi Agung” sukar menjadi kenyataan dan dilihat lebih kepada usaha untuk mempertahankan kedudukan Pakatan Harapan (PH), bukannya penyatuan Melayu yang tulen.

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, walaupun idea penyatuan Melayu sering diketengahkan sebagai sesuatu yang baik, syarat yang diletakkan dalam cadangan itu, termasuk tidak menjejaskan Kerajaan Perpaduan serta penglibatan DAP, menjadi halangan besar kepada PAS untuk memberi sokongan.

“Saya percaya hanya penyatuan Melayu mampu selamatkan keadaan. Tapi kalau masih terikat dengan keputusan tak mahu jejaskan kerajaan perpaduan, tak ada makna langsung,” katanya ketika ditemui di Parlimen.

Menurut Idris, cadangan itu secara tidak langsung mengharapkan PAS dan Perikatan Nasional (PN) menyertai gabungan besar yang akhirnya menguntungkan PH.

“Sudah tentu mereka mahu kami masuk supaya secara automatik menyokong PH. Itu jadi batu loncatan untuk mereka. Kami bukan bodoh,” katanya tegas.

Isu penyatuan Melayu kembali menjadi perbincangan hangat susulan landskap politik yang tidak stabil sejak beberapa pilihan raya lalu, termasuk pembentukan Kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pelbagai pihak melihat idea ‘payung besar’ atau ‘rumah besar’ Melayu sebagai jalan keluar menjelang PRU-16, namun pendekatan dan syarat yang berbeza menimbulkan perbezaan pandangan.

Idris menegaskan PAS kekal konsisten dengan agenda penyatuan Melayu, namun meletakkan garis merah yang jelas terhadap kerjasama dengan DAP.

“Nak panggil payung besar ke rumah besar, kita mesti bergerak tanpa DAP. Itu prinsip kami. Pengalaman lalu sudah cukup mengajar,” katanya.

Beliau turut menolak dakwaan PAS hanya mengejar kuasa, sambil mengingatkan bahawa parti itu pernah berpeluang menjadi kerajaan sebelum ini.

“Kalau kami nak kuasa semata-mata, PRU-14 lagi kami dah jadi kerajaan,” katanya.

Dalam pada itu, Idris mempersoalkan keputusan UMNO menyertai Kerajaan Perpaduan atas alasan kestabilan.

“Kalau betul nak stabil, kenapa tak bersama kami sebelum ini? Dengan PN, ditambah sokongan Sabah dan Sarawak, kerajaan boleh dibentuk,” katanya.

Berita berkaitan
PRN Melaka: Abang Long akan jalan 10km dekati pengundi Duyong
3 jam lalu· Politik
Tahanan rumah Najib ditangguh, AGC teliti isu undang-undang
4 jam lalu· Politik
Najib pulang ke rumah, Loke kekal dengan keputusan letak jawatan
4 jam lalu· Politik
UMNO bayar denda Najib boleh beri gambaran salah kepada rakyat: PMX
8 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Najib kembali ke Penjara Kajang, tahanan rumah ditangguh
3 jam lalu · Politik
Manifesto BN-PN: Air percuma, rumah mampu milik jadi taruhan di Melaka
4 jam lalu · Politik
Muhyiddin gesa jelaskan peraturan tahanan rumah Najib
4 jam lalu · Politik
Tiada kerjasama rasmi Bersatu-PH, sokongan tetap dialu-alukan: Muhyiddin
4 jam lalu · Politik
PRN Melaka: Isu kemudahan asas Machap Jaya jadi fokus Ginie jika menang
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
November 1, 2026
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok