PAS tak perlu diuji, Sanusi bidas cadangan UMNO supaya lepaskan kerusi

September 14, 2026 · Politik

PAS mempersoalkan cadangan Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan supaya kerjasama politik dalam gabungan SG4 diuji menerusi agihan kerusi pada pilihan raya negeri (PRN).

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata keikhlasan PAS tidak perlu dipersoalkan kerana UMNO sendiri belum menunjukkan kesediaan untuk menyerahkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenanginya kepada parti itu.

Beliau berkata, kerjasama antara kedua-dua parti setakat ini lebih kepada persefahaman untuk saling memberi sokongan dan undi, bukannya pengagihan kerusi yang dimenangi.

“Suruh Tok Mat beritahu PAS, kerusi mana milik UMNO yang sudah dilepaskan kepada PAS di Johor dan Negeri Sembilan atau di Melaka nanti.

“Kalau tiada satu pun kerusi milik UMNO yang diberi kepada PAS, kenapa hendak uji keikhlasan PAS di negeri lain?” katanya dipetik laporan media.

Menurut Sanusi, UMNO juga dilihat mempertahankan kerusi yang dimilikinya, selain mahu bertanding di kawasan yang belum pernah dimenangi parti itu, termasuk kerusi milik Pakatan Harapan (PH) dan parti bukan Barisan Nasional (BN).

Kelmarin, Mohamad dilaporkan mencadangkan PRN di salah sebuah negeri SG4, khususnya Terengganu, dijadikan medan untuk menguji keikhlasan rakan politik dalam menjalinkan kerjasama.

Beliau berkata langkah itu dapat menunjukkan sama ada gagasan penyatuan ummah Melayu benar-benar berasaskan keikhlasan atau hanya memberi keuntungan kepada satu pihak.

Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, menegaskan tiada keperluan untuk Terengganu mengadakan PRN ketika ini memandangkan keadaan negeri itu stabil dan pentadbirannya menunjukkan pencapaian baik.

Katanya, pilihan raya bukan mekanisme untuk mengukur keikhlasan sesuatu muafakat politik kerana kuasa menentukan kerajaan tetap berada di tangan rakyat.

“Selagi tiada keperluan mendesak, rakyat tidak perlu dibebankan dengan tekanan politik dan kos untuk menghadapi PRN,” katanya.

Tuan Ibrahim turut menyifatkan formula kerjasama di Negeri Sembilan sebagai pendekatan terbaik dengan setiap parti mengekalkan kerusi yang dimenangi, selain mencapai persefahaman di kawasan yang belum dimenangi.

Pada masa sama, beliau berkata langkah lebih wajar ketika ini ialah membubarkan Dewan Rakyat bagi mendapatkan mandat baharu daripada rakyat.

“Bola kini di tangan BN, GPS dan GRS. Yang penting, PN sudah mengarahkan seluruh jentera untuk menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya.

SG4 yang merangkumi Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis menjadi antara tumpuan dalam perbincangan kerjasama politik pembangkang, khususnya membabitkan PAS dan UMNO. Perdebatan mengenai pembahagian kerusi turut menjadi isu penting menjelang pilihan raya akan datang.

Berita berkaitan
Zahid tak akan benar usul gugat MB Negeri Sembilan
8 jam lalu· Politik
PN sasar lebih empat kerusi di Melaka hasil rundingan dengan UMNO: Tuan Ibrahim
October 9, 2026· Politik
Adly kritik Akmal, dakwa main sentimen kaum dan agama
October 9, 2026· Politik
Tiada lesen judi baharu dikeluarkan: MOF
October 8, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Belanjawan 2027: Bantuan rakyat perlu disusuli peningkatan pendapatan
8 jam lalu · Politik
PKR lapor polis isu sindiran ayat al-Quran oleh Eric See-To
13 jam lalu · Politik
Akmal kecam sindiran Eric See-To terhadap istilah ‘lighad’, jangan perlekeh al-Quran
15 jam lalu · Politik
Mat Sabu: Jadikan krisis Negeri Sembilan pengajaran buat pengundi PRN Melaka
October 9, 2026 · Politik
Parlimen: 19 kes DNAA libatkan 12 ahli politik sejak 2010
October 9, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok