PAS tiada hak mutlak tentukan hala tuju blok pembangkang: Ramasamy

June 1, 2026 · Politik

Pengerusi Urimai, P. Ramasamy mengingatkan PAS supaya tidak bertindak seolah-olah parti itu mempunyai hak mutlak dalam menentukan hala tuju blok pembangkang di negara ini.

Menurut Ramasamy, walaupun PAS mempunyai pengaruh kuat dalam kalangan pengundi Melayu di beberapa negeri, parti itu masih belum berjaya meraih sokongan besar daripada masyarakat bukan Melayu.

“PAS mungkin popular dalam kalangan orang Melayu di negeri tertentu, tetapi sokongan daripada bukan Melayu masih terhad. Bersatu pula mempunyai kekuatan tersendiri dan berpotensi menarik sokongan lebih meluas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menyifatkan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin sebagai antara pemimpin Melayu yang mempunyai pengalaman politik luas berbanding pemimpin lain dalam PAS.

Kenyataan Ramasamy itu dibuat susulan pendirian Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man yang menegaskan hanya parti komponen rasmi Perikatan Nasional (PN) dibenarkan menggunakan logo gabungan tersebut dalam pilihan raya.

Tuan Ibrahim berkata, isu membenarkan parti di bawah Ikatan Prihatin Rakyat (IPR) menggunakan lambang PN tidak pernah dibincangkan secara rasmi dalam mesyuarat gabungan itu.

Beliau menjawab kenyataan Muhyiddin sebelum ini yang dilaporkan membuka ruang kepada parti-parti di bawah IPR untuk menggunakan logo PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang.

IPR merupakan gabungan politik baharu yang dikaitkan dengan beberapa parti dan tokoh pembangkang, termasuk Bersatu, dalam usaha memperkukuh kerjasama menghadapi Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya akan datang.

Dalam pada itu, Ramasamy mempersoalkan sama ada PAS sebenarnya bimbang dengan kemungkinan pembentukan gabungan pembangkang yang lebih besar sekiranya IPR diberi ruang menggunakan logo PN.

“Adakah PAS khuatir IPR akan mengukuhkan kedudukan dan kepimpinan Muhyiddin? Atau ada motif politik tertentu untuk meminggirkan Bersatu?” katanya.

Beliau juga mendakwa keengganan mengiktiraf IPR menimbulkan persepsi terdapat usaha politik dalaman untuk mengubah keseimbangan kuasa dalam blok pembangkang.

Bagaimanapun, Ramasamy menegaskan Urimai tidak terdesak untuk menyertai PN walaupun parti itu terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak dalam usaha menentang kerajaan Pakatan Harapan.

“Kami menghormati Muhyiddin dan Bersatu, tetapi tidak terlalu ghairah untuk menyertai PN. Jika Bersatu memilih bertanding secara bersendirian pada pilihan raya akan datang, kami bersedia memberi sokongan melalui kerangka IPR,” katanya.

Berita berkaitan
DAP kekal, Ibrahim Ali dakwa PAS kecewa tak dapat masuk jadi kerajaan
August 17, 2026· Politik
AMK Selangor: PAS jangan sekadar cakap besar mahu tumbangkan PH
August 17, 2026· Politik
Tun Faisal kritik Hadi, boleh hadir program parti tapi ponteng sesi RCI TH
August 14, 2026· Politik
Wan Rosdy perbetul kenyataan kerjasama dengan PAS di Pahang, dakwa wujud kekeliruan
August 14, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
7 jam lalu · Politik
Seorang MKT UMNO persoal gesaan ganti Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA
11 jam lalu · Politik
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
12 jam lalu · Politik
Jika BN-PH bersama, saya tak bertanding PRN Melaka: Akmal
12 jam lalu · Politik
PH-BN mungkin runding kerusi elak pertembungan di Melaka: Saifuddin
August 18, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok