Tun Faisal jelaskan isu ‘pekak’ bukan ditujukan kepada PAS

May 31, 2026 · Politik

Ketua Penerangan Parti Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz menjelaskan label “pekak” yang dibuat oleh Mohamed Azmin Ali baru-baru ini bukan ditujukan kepada PAS seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Menurut beliau, kenyataan Setiausaha Agung Bersatu itu sebenarnya merujuk kepada individu tertentu yang masih mempertikaikan kekuatan jentera pilihan raya Bersatu walaupun penjelasan sudah diberikan berkali-kali oleh pimpinan parti.

“Saya tak fikir ia ditujukan kepada PAS, mungkin kepada individu tertentu yang sengaja tidak mahu mendengar penjelasan pemimpin Bersatu,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

Tun Faisal berkata, istilah tersebut juga mungkin merujuk kepada pihak yang gagal menyampaikan maklumat tepat mengenai keputusan yang dipersetujui secara konsensus dalam Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN).

Katanya, terdapat juga pihak yang didakwa menuduh dan memfitnah Bersatu selain menggunakan bahasa tidak sopan terhadap parti itu.

“(Individu) yang gagal menyampaikan maklumat tepat mengenai keputusan dibuat dalam MT PN, yang menuduh dan memfitnah Bersatu dengan tuduhan berat.

“Yang menggunakan perkataan tidak sopan seperti ‘berambus’ dan yang tidak amanah dalam melaksanakan janji. Tapi ia bukannya mengenai PAS,” katanya lagi.

Kenyataan Tun Faisal itu dibuat susulan reaksi Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari yang mencadangkan supaya PAS bergerak secara berasingan daripada Bersatu bagi menghadapi siri pilihan raya akan datang.

Fadhli dipercayai merujuk kepada video tular ceramah Azmin di Melaka baru-baru ini yang menyindir pihak mendakwa Bersatu tidak mempunyai jentera pilihan raya sambil melabel mereka sebagai “pekak”.

Isu berkenaan tercetus selepas Presiden PAS, Abdul Hadi Awang sebelum ini mendakwa Bersatu hanya banyak menuntut kerusi bagi pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri, namun tidak mempunyai kekuatan jentera yang mencukupi untuk membantu kempen.

Berita berkaitan
Wan Saiful dan Wan Fayhsal sahkan wujud gerakan jatuhkan Muhyiddin: Marzuki
7 jam lalu· Politik
Mukhriz nafi Hamzah sertai Pejuang
12 jam lalu· Politik
Fadhli cadang PAS berpisah dalam PN, dakwa Bersatu sudah lemah
12 jam lalu· Politik
Amanah Selangor bidas Liu berhubung isu ladang babi
May 30, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
UMNO Batu tempelak DAPSY dakwa ‘kacang lupakan kulit’
May 31, 2026 · Politik
Ada wakil rakyat PH dan UMNO berminat sertai Bersama: Nik Nazmi
12 jam lalu · Politik
Rombakan Pengarah Pilihan Raya bagi perkukuh jentera parti: AMK
12 jam lalu · Politik
Rakyat sudah nilai prestasi Rafizi yang tidak menyakinkan: AMK
May 30, 2026 · Politik
Rafizi bebas pilih haluan politik sendiri: Akmal Nasrullah
May 30, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok