Kes rasuah.
Seorang pegawai Jabatan Imigresen yang disyaki terlibat dalam aktiviti rasuah didapati menyimpan wang haram berjumlah RM1.5 juta melalui pelaburan dalam Tabung Haji (TH) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB).
Tindakan itu dikesan menerusi Op Rentas yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur.
Menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Ahmad Khusairi Yahaya, suspek bukan sahaja menyimpan wang tersebut dalam akaun peribadinya, tetapi turut melibatkan akaun ahli keluarganya termasuk isteri dan anak.
“Suspek dipercayai bersekongkol dengan sindiket ‘counter setting’ dengan menerima rasuah bagi memudahkan kemasukan warga asing tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan,” jelas Ahmad Khusairi.
Selain wang yang disimpan dalam akaun pelaburan, SPRM juga merampas barangan kemas bernilai RM60,000 serta wang tunai RM13,900.
Operasi yang dijalankan secara serentak di empat negeri itu turut mendedahkan seorang pegawai wanita menyimpan wang tunai sebanyak RM125,000 di atas bumbung rumahnya, serta barangan kemas bernilai RM15,000.
Seorang lagi suspek wanita didapati memiliki barangan kemas dianggarkan bernilai RM80,000, wang tunai RM41,470, dan 13,300 baht Thailand (bersamaan RM1,761).
Menurut laporan, pasangan suami isteri yang juga pegawai imigresen itu didakwa menggunakan wang rasuah untuk membuka sebuah kedai emas dengan modal sekitar RM600,000.
Kedai tersebut dikendalikan oleh proksi iaitu adik ipar dan anak mereka.
Ahmad Khusairi menegaskan, siasatan masih dijalankan bagi membongkar rangkaian rasuah dan penyelewengan yang melibatkan kemasukan warga asing tanpa dokumen lengkap.
Diesel diterima Filipina bukan dari perut bumi Malaysia
Kerajaan teliti subsidi bersasar bagi diesel ikut kaedah BUDI95: Fahmi
Harga diesel Sabah, Sarawak, Labuan kekal RM2.15: MOF
Keputusan kes saman barang kemas Rosmah ditetapkan 10 Jun
Arab Saudi akan kenakan denda haji tanpa permit SR100,000
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan