Peguam akan teliti komen Papagomo, pertimbang tindakan lanjut: Fahmi

April 7, 2026 · Politik

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, memaklumkan pasukan peguamnya sedang meneliti beberapa kenyataan terbaharu yang dimuat naik oleh Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo di media sosial, susulan penyelesaian kes saman antara mereka semalam.

Fahmi memberitahu menerima pelbagai maklum balas termasuk tangkap layar komen yang didakwa dibuat di Facebook dan TikTok, yang menimbulkan kebimbangan sama ada ia melanggar terma penyelesaian yang telah dipersetujui di mahkamah.

“Saya terkejut dengan kenyataan yang dibuat. Dengan bantuan rakan-rakan, saya telah kumpulkan semua kandungan yang dimuat naik dan akan mendapatkan pandangan peguam untuk menentukan sama ada wujud pelanggaran,” katanya selepas prosiding di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Beliau menjelaskan dua daripada tiga kes saman berkaitan isu berkenaan telah diselesaikan, masing-masing melibatkan pemilik akaun Facebook ‘N13 Kuang’, Mohd Fauzan Madzlan, serta Wan Muhammad Azri.

Bagaimanapun, satu lagi kes terhadap Ahmad Dusuki Abd Rani diteruskan ke perbicaraan selepas gagal mencapai penyelesaian.

Dalam prosiding hari ini, Fahmi berkata sudah selesai memberi keterangan, manakala beberapa saksi lain dijangka dipanggil dalam perbicaraan yang dijangka berlangsung selama dua hari.

Kes ini berpunca daripada dakwaan fitnah yang difailkan pada September 2023, apabila Fahmi mendakwa ketiga-tiga defendan menyiarkan tuduhan beliau menyalahgunakan masjid untuk tujuan kempen pilihan raya serta bertindak bertentangan dengan titah Sultan Selangor.

Dakwaan itu melibatkan beberapa hantaran di media sosial sekitar akhir Julai dan awal Ogos 2023.

Fahmi bagaimanapun menegaskan tuduhan tersebut tidak berasas, dengan menyatakan Majlis Agama Islam Selangor telah mengesahkan beliau tidak menyampaikan ucapan berunsur politik di ruang solat masjid seperti yang didakwa.

Sehubungan itu, beliau menuntut ganti rugi termasuk ganti rugi am dan teladan, selain perintah injunksi bagi menghalang pengulangan atau penerbitan semula kenyataan berunsur fitnah tersebut.

Berita berkaitan
DNAA: Zahid, AG dapat kebenaran cabar semakan kehakiman Badan Peguam
19 jam lalu· Politik
Aminuddin terkejut 10 Exco saman kerajaan Negeri Sembilan
22 jam lalu· Politik
Tabung Kasih@HAWANA bantu wartawan di Labuan dapat kaki palsu baharu
October 7, 2026· Isu semasa
10 ADUN Negeri Sembilan cabar pembatalan pelantikan Exco di mahkamah
October 7, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PH umum calon PRN Melaka minggu depan
14 jam lalu · Politik
Kemelut Exco: MB Negeri Sembilan minta selesaikan satu-satu
14 jam lalu · Politik
Isu RM2.1 bilion KKDW: Akmal persoal laporan Guan Eng kepada SPRM
22 jam lalu · Politik
SPRM perlu teliti isu RM2.1 bilion projek jalan luar bandar: AMK
22 jam lalu · Politik
DUN Sarawak dijangka bubar November, PRN makin dekat
October 7, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok