Peguam Ibu Zara mohon pendakwaan 5 remaja ditangguh, mahu pertuduhan lebih berat

August 19, 2025 · Isu semasa

Peguam mewakili ibu Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir memohon agar pendakwaan terhadap lima remaja terlibat kes buli itu ditangguhkan sementara waktu.

Barisan pasukan peguam keluarga Zara Qairina mahukan pertuduhan yang lebih berat dikenakan iaitu di bawah Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum 10 tahun penjara.

Dalam kenyataan media, pasukan peguam menyatakan kebimbangan setelah mengetahui lima remaja tersebut hanya akan didakwa di bawah Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman lebih ringan.

“Kami telah menghantar surat rasmi kepada Peguam Negara pagi ini memohon penangguhan pendakwaan.

“Jika bukti sedia ada tidak mencukupi untuk Seksyen 507D(2), kami harap siasatan lanjut boleh dilakukan sebelum pendakwaan dilaksanakan,” jelas kenyataan tersebut.

Pasukan peguam yang terdiri daripada Hamid Ismail, Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan dan tiga lagi peguam lain menekankan kepentingan mengelakkan ‘double jeopardy’ di mana tertuduh tidak boleh didakwa semula jika sudah mengaku bersalah atas pertuduhan ringan.

Sebelum ini, Peguam Negara Mohd Dusuki Mokhtar mengesahkan lima remaja bawah umur akan didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu pada Rabu ini atas kesalahan membuli Zara Qairina.

AGC menegaskan pendakwaan kes buli ini tidak akan menjejaskan siasatan berterusan dan prosiding inkues berhubung kematian Zara Qairina.

Kes ini mendapat perhatian meluas selepas Zara Qairina, 13, pelajar SMKA Tun Datu Mustapha, Papar ditemui tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolah pada 16 Julai lalu dan meninggal dunia keesokan harinya.

Pasukan peguam keluarga berharap pihak berkuasa akan mempertimbangkan permohonan mereka bagi memastikan keadilan sepenuhnya untuk Zara Qairina.

Berita berkaitan
Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan berkaitan kes aset TH
5 jam lalu· Politik
Bekas menteri bakal didakwa esok berhubung RCI Tabung Haji
24 jam lalu· Politik
MA63 perlu jadi agenda nasional: Anwar
September 11, 2026· Isu semasa
Kerajaan setuju tambah kerusi Parlimen Sabah, Sarawak: PMX
September 11, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Saifuddin: Polis buka kertas siasatan, dakwaan Ismail dipaksa jadi perhatian
1 jam lalu · Isu semasa
DKU: Tuanku Muhriz kekal bertakhta, proklamasi penurunan tak sah
2 jam lalu · Isu semasa
FGV lantik firma audit bebas, semak isu tadbir urus
2 jam lalu · Isu semasa
Saifuddin mahu elaun RELA RM8 disemak segera
4 jam lalu · Isu semasa
Lawatan sulung PMX ke Maldives beri momentum baharu hubungan dua hala: Bernama
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok