Peletakan jawatan Muhyiddin belum muktamad, tunggu mesyuarat PN: Sanusi

January 7, 2026 · Politik

Peletakan jawatan Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi Perikatan Nasional (PN) masih belum disahkan secara rasmi walaupun telah diumumkan kepada umum, kata Muhammad Sanusi Md Nor.

Menurut Pengarah Pilihan Raya PN itu, keputusan tersebut hanya akan menjadi sah selepas dibincangkan dan diterima dalam mesyuarat rasmi gabungan itu, selaras dengan perlembagaan PN.

Beliau menegaskan pengumuman atau surat peletakan jawatan semata-mata tidak mencukupi untuk mengesahkan perubahan kepimpinan.

“Belum tentu peletakan jawatan itu sah sebab walaupun dia umum dan tulis surat, peletakan jawatan secara perlembagaan mesti dibuat dalam mesyuarat,” katanya dipetik laporan media.

“Kalau mesyuarat buat keputusan sebaliknya, maka jawatan itu kekal walaupun sudah diumumkan kepada satu dunia,” katanya lagi.

Sanusi berkata PN dijangka mengadakan mesyuarat dalam tempoh kurang seminggu bagi membincangkan perkara berkenaan, sekali gus menentukan hala tuju kepimpinan gabungan pembangkang itu.

Pada 30 Disember lalu, Muhyiddin mengumumkan hasrat untuk melepaskan jawatan pengerusi PN berkuat kuasa 1 Januari, ketika ketegangan memuncak antara Bersatu dan PAS.

Konflik tersebut tercetus selepas perubahan politik di Perlis yang menyaksikan PAS kehilangan kawalan ke atas kerajaan negeri dan jawatan menteri besar.

Situasi itu mencetuskan spekulasi bahawa PAS mungkin keluar daripada PN atau mengambil alih kepimpinan gabungan tersebut.

Namun, selepas pengumuman peletakan jawatan Muhyiddin, suasana antara kedua-dua parti dilihat kembali reda, dengan pemimpin PAS menggunakan nada lebih lunak dan ada yang tampil memohon maaf.

Berita berkaitan
PAS cadang perpaduan Melayu, tetapi tak mahu Hamzah dalam parti
11 jam lalu· Politik
Bekas hakim Mahkamah Persekutuan dilantik Pengerusi Majlis Media Malaysia
June 15, 2026· Isu semasa
PN diresapi ‘sistem Mullah’, PAS buat keputusan bersendirian: Tun Faisal
June 14, 2026· Politik
PAS buat pusingan-U, Hadi umum Hamzah jadi Ketua Pembangkang bukan Samsuri
June 13, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Pasukan khas pantau isu 3R menjelang PRN Johor, Negeri Sembilan
1 jam lalu · Politik
Hakim sifatkan skandal 1MDB sebagai kleptokrasi terburuk dunia
1 jam lalu · Politik
Fahmi nasihat Ketua Pengarah J-Kom agar berhati-hati di media sosial
1 jam lalu · Politik
BN hampir selesai rundingan kerusi, fokus kempen berteraskan dasar: Asyraf Wajdi
8 jam lalu · Politik
Dikritik ‘katak’ politik, Zaid sasar kembali bertanding PRU atas tiket PAS
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
22 jam lalu
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok