Pembangkang dengki dengan kejayaan kerajaan PMX, kata Ketua Cabang Paya Besar

July 8, 2025 · Politik

Rancangan pembangkang yang mahu mengadakan perhimpunan pada Julai dibidas dan disifatkan sengaja cuba menimbulkan persepsi buruk terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Paya Besar, Wan Fauzuldin Wan Samad berkata pembangkang dengki dengan kejayaan dikecapi kerajaan sejak tiga tahun memerintah negara dan sengaja menggunakan taktik jahat untuk menimbulkan rasa kurang senang di kalangan rakyat.

“Himpunan ‘Turun Anwar’ hanyalah retorik dan taktik jahat, dengki dan busuk hati semata-mata.

“Rakyat akan menolak parti yang hanya tahu mencari salah, menabur fitnah dan tidak mahu melihat negara ini stabil,” katanya kepada dipetik laporan portal MalaysiaGazette hari ini.

engulas lanjut, Wan Fauzuldin berkata rakyat akan menolak parti yang hanya tahu mencari salah, menabur fitnah dan tidak mahu melihat negara ini stabil.

“Apakah rakyat mahu terima lagi Tun Dr Mahathir Mohamad atau Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri, atau mereka mahu Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau Datuk Seri Hamzah Zainudin pula?

“Ternyata pembangkang hari ini hilang hala tuju dan kehabisan modal dek kerana prestasi PMX serta kerajaan Madani semakin cemerlang,” tambahnya.

Mengulas lanjut Wan Fauzuldin berkata pada awalnya pembangkang merancang menganjurkan himpunan membantah Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (URA).

Namun katanya, tema itu ditukar kepada ‘Turun Anwar’ selepas mendapati masyarakat bandar, khususnya penghuni rumah flat lama, menyokong pelaksanaan RUU tersebut demi kebaikan mereka.

“Hasutan pembangkang kononnya URA ini taktik kerajaan untuk mengusir orang Melayu dari bandar tidak berjaya menarik perhatian, bahkan menjadi bahan lawak jenaka.

“Maka, himpunan yang dirancang itu ditukar tajuk kepada ‘Himpunan Turun Anwar’, tetapi rakyat tidak mudah untuk diperdayakan oleh pembangkang,” jelasnya.

Ujarnya tindakan tergesa-gesa pembangkang itu menunjukkan mereka terdesak, lebih-lebih lagi tiada calon Perdana Menteri dikemukakan bagi menggantikan Anwar.

“Jika mahu Anwar turun, kamu (pembangkang) seharusnya ada pengganti yang lebih baik dari Anwar dan rakyat mahu tahu siapa sertan mereka mahu menilai calon perdana menteri dari pembangkang sebelum mereka mahu sertai himpunan kamu itu.

“Sudah jelas, pembangkang tiada calon dan mereka masih tidak sepakat untuk menamakan calon perdana menteri dari kalangan mereka,” katanya.

Terdahulu, Dewan Pemuda PAS mengumumkan akan menganjurkan himpunan aman `Turun Anwar’ pada 26 Julai ini.

Difahamkan ia akan diadakan sebagai satu manifestasi besar rakyat Malaysia yang sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Anwar.

Berita berkaitan
PKR Kedah tolak gesaan supaya bubar Parlimen awal
September 20, 2026· Politik
AMK: Pengampunan tidak padam rekod 1MDB yang pernah disakau Najib
September 18, 2026· Politik
AMK: MB, Exco digesa letak jawatan kerana derhaka terhadap Yang di-Pertuan Besar
September 17, 2026· Politik
PKR sokong gesaan Anwar supaya dunia bertindak terhadap Israel
September 13, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
G25 mahu rakyat tahu nasihat AG mengenai tahanan rumah Najib
September 20, 2026 · Politik
Pengampunan Najib: Anwar dedah apa yang dibincangkan dengan Agong
September 20, 2026 · Politik
Isu letak jawatan: Anwar mahu jumpa Loke selepas pulang dari Shanghai
September 20, 2026 · Politik
Bersatu tunggu keputusan RoS berhubung aduan PN: Muhyiddin
8 jam lalu · Politik
Van polis ditempatkan di kediaman Najib mulai esok
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok