Pembebasan Yusoff: Peguam Negara gesa henti buat spekulasi dan sebar fitnah

June 13, 2025 · Isu semasa

Orang ramai digesa supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan fitnah berhubung kes melibatkan Yusoff Rawther.

Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam satu kenyataan berkata tidak wajar untuk mempersoalkan berhubung keputusan mahkamah yang membebaskan Yusoff semalam dengan mengaitkan kes pendakwaan yang dibuat terhadapnya.

“Jabatan ini menggesa orang awam untuk mengelak daripada membuat penyataan yang bersifat spekulatif atau berbaur fitnah berhubung keputusan kes tersebut lebih-lebih lagi jika ia dibuat di luar skop alasan keputusan yang diberikan oleh mahkamah.

“Pentadbiran keadilan hendaklah dijejaskan oleh perbicaraan melalui media, sindiran awam, kedudukan atau persepsi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu tengah-tengah gesaan supaya Yusoff saman polis dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) susulan pembebasannya oleh mahkamah.

Pada 12 Jun, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Yusoff, yang merupakan bekas pembantu penyelidik kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, daripada pertuduhan mengedar dadah dan memiliki dua pistol palsu.

Hakim Jamil Hussin memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie bagi kedua-dua pertuduhan.

Dia didakwa mengedar 305g ganja ketika berada di dalam kenderaan di luar surau di ibu pejabat polis kontinjen Kuala Lumpur pada 10.15 pagi, 6 Sept 2024.

Yusoff didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 dan 40 tahun dan minimum 12 sebatan.

Sejak dibebaskan, beberapa ahli politik menggesa Yusoff menyaman pihak berkuasa berhubung perkara itu, dengan PSM menggesa pihak berkuasa memberi perlindungan kepadanya.

Sementara itu, AGC berkata ia akan mengkaji penghakiman mahkamah sebelum memutuskan tindakan seterusnya.

“Jabatan ini akan meneliti keputusan kes dan mempertimbangkan semua aspek berkenaan sebelum membuat sebarang tindakan selanjutnya.

“Jabatan ini kekal komited dalam menegakkan undang-undang dan akan terus melaksanakan tanggungjawabnya menurut perlembagaan dengan berintegriti, saksama dan menghormati proses pengadilan,” tambahnya.

Berita berkaitan
Rosmah nafi hilangkan barang kemas dari Lubnan
April 14, 2026· Politik
Perbicaraan kes Vivy Yusof dan suami ditunda ke Julai
April 13, 2026· Isu semasa
Kes pemandu mabuk, dadah: Loke kata kerajaan tak pertimbang perkenal hukuman mati
April 13, 2026· Isu semasa
Badan Peguam mahu 47 kes Zahid dibuka semula: Laporan
April 10, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Bekas pengarah penyelidikan IPTA ditahan kes rasuah RM1 juta: Laporan
5 jam lalu · Isu semasa
Diesel diterima Filipina bukan dari perut bumi Malaysia
5 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan teliti subsidi bersasar bagi diesel ikut kaedah BUDI95: Fahmi
5 jam lalu · Isu semasa
Harga diesel Sabah, Sarawak, Labuan kekal RM2.15: MOF
7 jam lalu · Isu semasa
Keputusan kes saman barang kemas Rosmah ditetapkan 10 Jun
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok