Pemuda DAP kritik Pemuda UMNO berlagak seperti “ah long politik” dan samseng

August 12, 2025 · Politik

Woo Kah Leong, melabel Ketua Pemuda UMNO Dr. Akmal Saleh, dan sayap pemudanya sebagai “ah long politik” yang bersikap samseng dalam isu kesilapan pemasangan Jalur Gemilang.

Dalam kenyataan yang disertakan dengan poster Akmal, Ketua DAPSY Kebangsaan itu membidas sikap Pemuda UMNO yang didakwanya bersikap pilih kasih dan hipokrit.

“Di Malaysia, ada sekumpulan ‘along’ yang suka ‘singgah’ rumah orang untuk kutip hutang. Sikap mereka bermaharajalela dan tidak menghormati undang-undang. Dalam politik pun ada makhluk sebegini—berlagak seperti samseng,” kata Kah Leong.

Beliau mencabar Akmal supaya tidak bersikap dwi standard dengan hanya mengecam kesilapan orang lain, sedangkan Pemuda UMNO sendiri pernah melakukan kesalahan serupa.

“Sebelum ke Pulau Pinang, lebih baik ‘makhluk’ ini singgah di Terengganu dulu untuk menegur Pemuda UMNO negeri itu dan juga PAS yang pernah buat kesilapan sama. Jangan hipokrit!”

Kenyataan Woo itu disokong oleh bukti grafik yang dikeluarkan Pemuda UMNO Terengganu yang menunjukkan Jalur Gemilang dengan hanya 12 jalur, bukan 14 seperti sepatutnya.

Kesilapan ini menjadi bahan ketawa di media sosial, dengan netizen mempersoalkan konsistensi Akmal dalam isu bendera.

Selain itu, gambar lama Akmal memegang bendera Palestin secara terbalik bersama pemimpin Pemuda UMNO lain pada 2023 juga kembali tular, menambah lagi kritikan terhadap sikapnya yang didakwa berpura-pura patriotik.

DAPSY dalam kenyataannya menegaskan bahawa isu nasionalisme tidak boleh dijadikan alat politik untuk menekan rakyat biasa, sementara kesilapan parti sendiri diabaikan.

Berita berkaitan
PRN Melaka: Zahid jamin Ab Rauf kekal Ketua Menteri jika BN menang
10 jam lalu· Politik
Agihan kerusi Melaka: Khalid Samad sifatkan PAS jadi ‘macai’ BN
10 jam lalu· Politik
PRN Melaka: PAS nafi akan umum calon sepentas dengan BN
October 23, 2026· Politik
Kerajaan terus buru aset 1MDB walaupun Najib diampunkan
October 23, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PRN Melaka: Zahid mahu jentera BN terima PAS, alu-alukan kerjasama
October 24, 2026 · Politik
BN umum 21 calon, Akmal dan Helmy kekal bertanding
October 24, 2026 · Politik
PRN Melaka: PH umum 21 calon akan bertanding, Adly Zahari pertahan Bukit Katil
October 24, 2026 · Politik
Pemimpin MCA keluar majlis pengumuman calon, bantah agihan kerusi di Melaka: Laporan
October 24, 2026 · Politik
Zahid: PN hanya dapat tujuh kerusi, tak layan tuntutan lebih-lebih
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok