Pemuda MCA lapor kepada SPRM skandal MyKiosk, bidas Kor Ming

May 21, 2025 · Politik

Laporan skandal projek MyKiosk dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) oleh sekumpulan Pemuda MCA di Putrajaya hari ini.

Pemimpin muda MCA hadir ke ibu pejabat SPRM bagi membuat laporan berhubung projek MyKiosk yang dikendalikan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) supaya siasatan dibuka.

Timbalan Ketua Pemuda MCA, Mike Chong Yew Chuan berkata, pihaknya melahirkan rasa kesal apabila menterinya, Nga Kor Ming menuduh MCA cuba memporak-perandakan Kerajaan Perpaduan dengan isu tersebut.

“Isu ini bukan Pemuda MCA yang cakap, tapi kita menerima banyak laporan daripada orang ramai dan pendedahan yang dibuat oleh akhbar-akhbar tempatan.

“Banyak pautan berita mengatakan terdapat banyak MyKiosk tidak digunakan secara baik dengan alasan mungkin sebelum ini ada orang sewa, tetapi dikatakan duduk di situ tidak sesuai, lokasi tidak strategik atau duduk dalam itu panas.

“Untuk fasa pertama, mungkin tenaga solar tidak mencukupi, hanya boleh tahan empat jam dan pelbagai alasan lagi. Keberkesanan projek ini dipertikai ramai orang.

“Apabila kita membangkitkan persoalan ini, kita pula dituduh oleh pihak-pihak tertentu terutama kementerian pelaksana melalui menterinya kononnya MCA sengaja cari isu untuk memporak-perandakan Kerajaan Madani,” katanya dipetik laporan MalaysiaGazette.

Terdahulu beliau bersama Ketua Pemuda MCA Selangor, Tan Jie Sen; Ketua Pemuda MCA Pahang, Wong Siew Mun dan Ketua Beliawanis MCA, Ivone Low hadir ke ibu pejabat SPRM untuk membuat laporan rasmi berkenaan projek MyKiosk@KPKT.

Semalam, media melaporkan Kor Ming mengarahkan KPKT membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) susulan penyebaran beberapa berita palsu mengenai projek MyKiosk.

Kor Ming mengeluarkan arahan kepada Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) untuk mengesan individu yang menyebarkan berita palsu berkenaan.

Projek MyKiosk@KPKT merupakan inisiatif kementerian untuk membantu golongan B40 dan peniaga perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dengan menyediakan ruang niaga yang seragam, selamat dan selesa.

Projek itu bertujuan meningkatkan pendapatan dan taraf sosioekonomi penduduk setempat melalui penyediaan kios perniagaan dengan kadar sewaan yang rendah.

Dalam pada itu, Yew Chuan berkata, pihaknya menyuarakan isu bagi rakyat yang mempersoalkan sejauh mana dana awam diuruskan dengan baik dalam projek MyKiosk itu atau wujudnya penyelewengan.

“Kenapa kos MyKiosk ini terlalu tinggi? Kita tak menafikan projek ini dimulakan dengan niat yang baik untuk membantu rakyat terutamanya penjaja di tepi jalan supaya diberikan satu tempat sesuai untuk mereka berniaga.

“Apabila kita buat perbandingan harga dalam internet, Shopee, Lazada dan sebagainya, kita mendapati kos yang digunakan kerajaan untuk membina kiosk ini jauh lebih tinggi daripada apa yang kita boleh beli dari pasaran,” katanya.

“Kita perlukan jawapan daripada KPKT, apabila kita melontarkan persoalan kepada KPKT, kita tidak mengatakan menterinya daripada DAP.

“Kita menyeru kementerian pelaksana utama dalam projek ini untuk bangkit tampil ke depan untuk memberikan penjelasan kepada rakyat,” katanya.

Yew Chuan melahirkan rasa kesal apabila Kor Ming menuduh MCA menggunakan isu kiosk itu untuk keluar daripada Kerajaan Perpaduan dan menyertai Perikatan Nasional (PN).

“Apa yang kita dengar daripada Menteri semalam, mengatakan ini semua salah MCA, MCA cuba memporak-perandakan kerajaan, MCA cuba cari pasal.

“Malah Menteri tergamak mengatakan ini menjadi dalil MCA untuk meninggalkan kerajaan sekarang dan untuk menyertai PN dan sebagainya,” katanya.

Sehubungan itu, Yew Chuan menggesa SPRM bertindak segera menyiasat projek MyKiosk@KPKT dengan telus sejauh mana perolehan itu dijalankan secara tender terbuka atau sebaliknya.

“Adakah ia melalui tender terbuka? Bagaimana caranya, adakah ini melibatkan isu-isu penyelewengan, kronisme, nepotisme atau sebagainya?

“Kita buat tuduhan bukan main tuduh sahaja. Kita mempunyai angka-angka yang dipetik daripada sumber yang sah iaitu daripada laman web kementerian, PBT dan sebagainya.

“Kita telah kumpulkan, kita telah membuat perbandingan untuk membantu SPRM dalam siasatan mereka.

“Saya meminta SPRM memandang berat perkara ini kerana tuduhan-tuduhan yang dilakukan pihak-pihak di luar terutamanya rakyat biasa akan mencemarkan nama baik kerajaan sekarang ini,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Sheikh Umar: Sepatutnya Zahid patut letak jawatan, bukan Loke
September 20, 2026· Politik
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
September 20, 2026· Isu semasa
Isu letak jawatan: Anwar mahu jumpa Loke selepas pulang dari Shanghai
September 20, 2026· Politik
Pengampunan Najib: Loke pilih untuk berundur dari Kabinet
September 19, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Krisis takhta NS, Syahredzan nasihat jangan cabar institusi Raja sesuka hati
8 jam lalu · Politik
Ab Rauf titip tiga pesan sebelum DUN Melaka dibubar
8 jam lalu · Politik
PUTRA lapor polis, dakwa Exco Negeri Sembilan ganggu institusi Raja
8 jam lalu · Politik
Amanah mahu MB Negeri Sembilan bubar DUN
16 jam lalu · Politik
Ahli PAS digesa utamakan dana kompleks parti, bukan tabung Najib: Iskandar
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok