Pemuda PKR desak UMNO jelaskan pendirian mahu PRU-16 awal

September 3, 2026 · Politik

UMNO perlu memperjelas pendirian sama ada mahu terus bersama kerajaan Madani atau memilih untuk menyokong Perikatan Nasional (PN), susulan gesaan supaya Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) diadakan lebih awal.

Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nabil Halimi berkata UMNO tidak wajar mengambil pendirian ‘separuh jalan’ dengan kekal memegang jawatan dalam kerajaan, namun pada masa sama membuka ruang untuk bekerjasama dengan pembangkang.

Menurutnya, jika UMNO mahu terus bersama kerajaan, parti itu perlu memikul tanggungjawab sehingga tamat mandat, manakala keputusan untuk menyokong PN sepatutnya disusuli dengan penyerahan jawatan dalam kerajaan.

“Jangan sampai UMNO dilihat satu kaki dalam kerajaan, satu kaki dalam pembangkang. Di negeri berpelukan dengan PN, tetapi di Putrajaya masih mahu menikmati jawatan dan kedudukan dalam kerajaan Madani,” katanya menerusi Facebook.

Nabil berkata percaturan politik sedemikian tidak sepatutnya membebankan rakyat, terutama ketika kerajaan masih mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

“Kerajaan MADANI masih boleh meneruskan pentadbiran selagi mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat,” katanya.

Beliau turut menegaskan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH), bersama Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan rakan lain, akan terus melaksanakan baki mandat sehingga pilihan raya seterusnya.

“Gunakan masa yang ada untuk meneruskan reformasi, memperkukuh ekonomi dan menyelesaikan masalah rakyat,” katanya.

Menurut Nabil, mandat rakyat tidak seharusnya dijadikan bahan tawar-menawar politik, sebaliknya prestasi kerajaan perlu dinilai rakyat apabila tiba masa pilihan raya.

Kenyataan itu susulan pandangan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi yang sebelum ini menyifatkan PRU-16 lebih baik diadakan lebih awal berbanding menunggu penggal Parlimen berakhir pada hujung tahun depan.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) bagaimanapun berkata, sekiranya penggal Parlimen diteruskan sehingga tamat, BN bersedia menghadapi pilihan raya pada ketika itu.

Pada masa sama, Ahmad Zahid berkata keputusan BN untuk bekerjasama dengan mana-mana gabungan pada PRU akan datang akan dibuat berdasarkan pertimbangan ‘manfaat dan mudarat’, termasuk mengambil kira landskap politik di setiap negeri.

Berita berkaitan
Sheikh Umar: Sepatutnya Zahid patut letak jawatan, bukan Loke
6 jam lalu· Politik
PKR Kedah tolak gesaan supaya bubar Parlimen awal
6 jam lalu· Politik
Van polis ditempatkan di kediaman Najib mulai esok
13 jam lalu· Politik
Najib kekal di Kajang selagi denda RM50 juta belum dibayar
13 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
G25 mahu rakyat tahu nasihat AG mengenai tahanan rumah Najib
6 jam lalu · Politik
Pengampunan Najib: Anwar dedah apa yang dibincangkan dengan Agong
6 jam lalu · Politik
Isu letak jawatan: Anwar mahu jumpa Loke selepas pulang dari Shanghai
6 jam lalu · Politik
Bersatu tunggu keputusan RoS berhubung aduan PN: Muhyiddin
13 jam lalu · Politik
Pengampunan Najib: Loke pilih untuk berundur dari Kabinet
September 19, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok