Najib Razak.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mengadakan prosiding pengurusan kes bagi permohonan semakan kehakiman bekas perdana menteri, Najib Razak berhubung titah adendum untuk memberinya tahanan rumah.
Menurut semakan dalam laman web mahkamah, sesi pengurusan kes itu akan dihadapan Hakim Alice Loke Yee Ching.
Keputusan untuk mempercepatkan prosiding ini dibuat oleh Mahkamah Persekutuan pada 13 Ogos lalu, yang mengarahkan agar pendengaran kes ini dimulakan dalam tempoh sebulan.
Permohonan semakan kehakiman ini telah ‘tergantung’ selama lebih setahun sejak difailkan pada 1 April 2024.
Sebelum ini, panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Hasnah Mohammed Hashim, menolak rayuan Peguam Negara yang cuba menghalang Najib daripada memfailkan permohonan tersebut.
Panel itu kemudian mengembalikan kes ini ke Mahkamah Tinggi untuk didengar dan diputuskan.
Selain itu, mahkamah turut mengarahkan kedua-dua pihak untuk memfailkan penghujahan bertulis secara serentak.
Najib, 72, sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos 2022 atas tujuh tuduhan berkaitan dana SRC International Sdn Bhd, termasuk pecah amanah, penyalahgunaan kuasa, dan pengubahan wang haram.
Pada 2 September 2022, beliau memfailkan petisyen pengampunan diraja. Kemudian, pada 2 Februari 2024, Lembaga Pengampunan bersetuju mengurangkan hukuman penjaranya kepada enam tahun dan denda RM50 juta, yang menjadikan tarikh pembebasannya dijangka pada 23 Ogos 2028.
Najib turut memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk mendapatkan perintah mandamus yang memaksa kerajaan dan enam responden lain termasuk Menteri Dalam Negeri, Ketua Pengarah Penjara, Peguam Negara, dan Lembaga Pengampunan bagi mengesahkan kewujudan titah adendum yang didakwa diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Beliau mendakwa titah tersebut mengarahkan agar beliau dibenarkan menjalani baki hukuman di rumah.
Jika titah itu wujud, Najib memohon agar beliau dipindahkan segera dari Penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur.
Bersatu Melaka terbuka kerjasama dengan PH hadapi PRN
PRN Melaka: Amirudin diberi amanah teliti kerjasama PH-BN
Mahu jawatan PM, UMNO perlu bersama dengan PN: PAS Selangor
Akmal sahkan Pemuda UMNO akan hadir Muktamar Pemuda PAS
Adam Adli: Rundingan BN-PH belum bermula, tapi masih terbuka
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri