Pertindihan pembahagian kerusi PH dengan BN, GRS sangat minimum: Saifuddin

October 9, 2025 · Politik

Pakatan Harapan (PH) mengesahkan proses rundingan agihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah kini berada di peringkat akhir.

Setiausaha Agung PH, Saifuddin Nasution Ismail mengakui wujud sedikit pertindihan dalam agihan kerusi dengan rakan gabungan, Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Menurut Saifuddin, isu pertindihan itu melibatkan jumlah yang sangat minimum dan butiran terperincinya akan diumumkan pada masa akan datang dalam satu sidang media khas dan menekankan situasi seumpama ini adalah perkara biasa dalam proses rundingan pembahagian kerusi.

“Rundingan kerusi sudah hujung-hujung. Sikit sahaja lagi dan ini biasalah. Ada (pertindihan) tetapi sangat minimum,” katanya ketika ditemui pemberita di Bangunan Parlimen hari ini.

Beliau juga memberitahu akan segera bertolak ke Sabah bagi meneruskan persiapan dan perbincangan terakhir menjelang PRN.

“Selepas (sidang media) ini saya akan bertolak ke Sabah untuk meneruskan persiapan, rundingan dan sebagainya,” tambahnya.

PRN17 Sabah diadakan berikutan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang diumumkan oleh Ketua Menteri, Hajiji Noor, pada hari Isnin lalu setelah mendapat perkenan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.

Pilihan raya ini akan menyaksikan pertandingan bagi semua 73 kerusi DUN.

Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadual mengadakan mesyuarat khas pada 16 Oktober ini untuk menentukan tarikh-tarikh penting serta urusan pelaksanaan PRN17 Sabah dalam tempoh 60 hari yang ditetapkan.

Berita berkaitan
Kemenangan 40 kerusi UMNO di Johor perlu dipertahankan: Mat Maslan
February 8, 2026· Politik
PH teliti bentuk kerjasama dengan BN hadapi PRN Melaka dan Johor: Saifuddin
February 7, 2026· Politik
Kes spa Chow Kit: PDRM masih tunggu keputusan AG untuk buat pendakwaan
February 5, 2026· Isu semasa
Saifuddin akan semak isu Notis Merah Interpol libatkan Riza Chalid
February 4, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Lantikan Muhyiddin sebagai Presiden dibuat secara sah, Danny Rais jawab Khalid Mehtab
3 jam lalu · Politik
Himpunan rumah ibadat cetus kontroversi, AMK Johor pertahan Anwar
6 jam lalu · Politik
Kes Akta Hasutan Muhyiddin: Empat persoalan dikembali ke Mahkamah Tinggi untuk diputuskan
6 jam lalu · Politik
Muhyiddin diyakini mampu pimpin Bersatu harungi krisis: Sanjeevan
9 jam lalu · Politik
Hamzah dipanggil jawab isu disiplin parti, bakal dipecat Bersatu?
February 8, 2026 · Politik
Video / Foto
Kerajaan tegas pantau kandungan AI berbahaya: Nie Ching
January 28, 2026
[VIDEO] Menteri Pertahanan beri penjelasan isu rasuah ATM di Parlimen
January 28, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok