UMNO Batu tempelak DAPSY dakwa ‘kacang lupakan kulit’

May 31, 2026 · Politik

UMNO Bahagian Batu membidas kenyataan Pemuda DAP (DAPSY) yang mendakwa parti itu bersikap “kacang lupakan kulit” dalam kerjasama Kerajaan Perpaduan.

Ketua UMNO Bahagian Batu, Gulam Muszaffar Mustakim berkata situasi Parlimen tergantung selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) menyaksikan tiada gabungan politik berjaya memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan secara bersendirian.

Menurut beliau, selepas Perikatan Nasional (PN) menolak tawaran membentuk kerajaan, PH memilih untuk bekerjasama dengan BN bagi menubuhkan Kerajaan Perpaduan.

“PH ibarat perigi mencari timba apabila datang mendapatkan UMNO demi membentuk kerajaan. Mereka hadir ke Pusat Dagangan Dunia (WTC) untuk menjalinkan kerjasama bersama UMNO,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dibuat susulan gesaan DAPSY supaya Perdana Menteri Anwar Ibrahim mempertimbangkan pembubaran Parlimen sekiranya UMNO Johor memutuskan untuk bergerak solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

DAPSY sebelum ini mendakwa tindakan segelintir pemimpin UMNO yang mahu bertanding secara bersendirian menunjukkan sikap tidak mengenang kerjasama dalam kerajaan sedia ada.

Mengulas lanjut, Gulam berkata keputusan UMNO menyertai kerajaan selepas PRU-15 bukanlah sesuatu yang mudah kerana parti tersebut terpaksa berdepan tekanan dalaman dan penolakan akar umbi.

“UMNO berada dalam dilema antara prinsip perjuangan parti atau kepentingan negara. Akhirnya UMNO memilih kestabilan negara walaupun keputusan itu memeritkan survival politik parti,” katanya lagi.

Beliau turut mempertahankan langkah BN Johor yang bercadang bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya PRN diadakan dalam masa terdekat.

Katanya, DAPSY tidak sepatutnya memberi tekanan kepada Perdana Menteri dengan mengaitkan keputusan tersebut dengan pembubaran Parlimen.

“Kita tunggu dan lihat sama ada Perdana Menteri mempunyai keberanian untuk membubarkan Parlimen sekiranya DUN Johor dibubarkan dan BN bertanding di semua 56 kerusi,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Gulam mendakwa pengaruh politik Anwar semakin lemah kerana beberapa usaha politik yang digerakkan kebelakangan ini gagal memberi kelebihan kepada Perdana Menteri.

Beliau berkata kebergantungan PH terhadap DAP turut menyebabkan sebahagian pengundi Melayu semakin menjauh daripada gabungan itu.

“Kesilapan sebenar apabila PMX terlalu bergantung kepada DAP sehingga menyebabkan ramai pengundi Melayu menjauhkan diri,” dakwanya.

Berita berkaitan
AUKU akan dimansuhkan, pentadbiran universiti diberi nafas baharu: Fahmi
11 jam lalu· Isu semasa
Jika BN-PH bersama, saya tak bertanding PRN Melaka: Akmal
13 jam lalu· Politik
UMNO perlukan kuasa untuk ‘tikam belakang’, jadi perlu kekal dalam kerajaan: Puad
August 18, 2026· Politik
UMNO-BN tak berganjak, terus sokong kerajaan hingga akhir penggal: Khaled
August 17, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
8 jam lalu · Politik
Seorang MKT UMNO persoal gesaan ganti Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA
12 jam lalu · Politik
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
13 jam lalu · Politik
PH-BN mungkin runding kerusi elak pertembungan di Melaka: Saifuddin
August 18, 2026 · Politik
Gobind mahu peruntukan Ahli Parlimen bebas diskriminasi
August 18, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok