PMO sahkan bakal ada rombakan Kabinet, senarai lengkap sedang dipertimbangkan

December 3, 2025 · Politik

Perdana Menteri Anwar Ibrahim kini berada di fasa akhir menentukan senarai penuh Menteri dan Timbalan Menteri bagi Kerajaan MADANI.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO), keputusan muktamad akan dibuat selepas proses pertimbangan yang teliti dan berhemah bagi memastikan kelancaran pentadbiran kerajaan.

“Perdana Menteri akan memutuskan senarai Menteri dan Timbalan Menteri Kerajaan MADANI kelak, selepas proses pertimbangan yang cermat, berhemah dan benar-benar berlandaskan kepentingan rakyat serta hala tuju reformasi negara,” menurut PMO.

Langkah ini bagi mengisi beberapa kekosongan jawatan menteri yang wujud, termasuk portfolio Ekonomi, Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, serta Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Anwar sebelum ini berkata tidak berhasrat untuk melakukan rombakan besar-besaran, memandangkan tempoh pentadbiran semasa hanya tinggal kira-kira satu setengah tahun lagi.

“Ia berikutan tempoh Kabinet di bawah pentadbirannya hanya akan berfungsi selama kira-kira satu setengah tahun saja lagi, sebelum penggal pentadbiran itu berakhir,” jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri menyambut baik pelantikan semula tiga menteri kanan sebagai Ahli Dewan Negara bagi penggal kedua yang berkuat kuasa hari ini.

Mereka ialah Saifuddin Nasution Ismail (Menteri Dalam Negeri), Zambry Abdul Kadir (Menteri Pendidikan Tinggi), dan Mohd Na’im Mokhtar (Menteri di Jabatan Perdana Menteri).

“Pelantikan ini membolehkan mereka meneruskan tugasan mustahak demi kesinambungan dasar, tatakelola dan agenda reformasi negara selaras dengan gagasan Malaysia MADANI,” tegas Anwar.

Ketiga-tiga mereka telah mengangkat sumpah semula di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, Awang Bemee Awang Ali Basah, dan akan berkhidmat sehingga 2 Disember 2028.

Berita berkaitan
Desakan RCI mafia korporat hanya ‘Drama Politik’ DAP: Ahmad Fadhli
5 jam lalu· Politik
Kerajaan fokus stabilkan ekonomi, bendung tekanan kos sara hidup: Akmal Nasrullah
March 12, 2026· Isu semasa
AMK: Kenyataan PM berhubung kesan ekonomi global perlu dipandang serius
March 12, 2026· Politik
Subsidi RON95 dikekalkan walaupun harga minyak dunia tak menentu
March 11, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
SPR nafi tarikh PRU-16 tular
4 jam lalu · Politik
Najib teruskan rayuan hina mahkamah isu titah adendum
5 jam lalu · Politik
PAS tolak ‘Rumah Bangsa’ kerana UMNO masih dengan DAP: Hadi
March 12, 2026 · Politik
Rumah bangsa UMNO terima respons positif: Mat Maslan
March 10, 2026 · Politik
Mas Ermieyati dan Ronald digantung keahlian Bersatu dua penggal
March 10, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok