Bersatu pecat dua ADUN di Kedah, gantung tiga Ahli Parlimen

May 8, 2026 · Politik

Bersatu mengambil tindakan tegas terhadap enam pemimpinnya apabila dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dipecat manakala empat lagi digantung keahlian berkuat kuasa serta-merta selepas didapati melanggar perlembagaan parti serta kod etika ahli.

Menerusi notis dikeluarkan Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Mohd Radzi Manan pada Jumaat, mereka yang dipecat adalah ADUN Suka Menanti, Dzowahir Ab Ghani dan ADUN Sungai Tiang, Abdul Razak Khamis.

Kedua-dua mereka dipecat daripada parti mengikut Fasal 22.5 Perlembagaan Bersatu.

“Lembaga Disiplin mendapati kedua-dua mereka melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan parti serta Kod Etika dan Tatakelakuan Ahli,” menurut notis berkenaan.

Pada masa sama, empat lagi pemimpin Bersatu dikenakan tindakan penggantungan hak keahlian selama dua penggal pemilihan parti.

Mereka ialah ADUN Chenderoh, Syed Lukman Hakim Syed Mohd Zain; Ahli Parlimen Tanah Merah, Ikmal Hisham Abdul Aziz; Ahli Parlimen Rompin, Khalib Abdullah dan Ahli Parlimen Lumut, Nordin Ahmad Ismail.

Menurut notis sama, penggantungan itu turut menyebabkan kesemua mereka dilucutkan daripada jawatan dalam parti dan tidak dibenarkan mengeluarkan kenyataan atas nama Bersatu sepanjang tempoh hukuman.

Tindakan disiplin itu dilihat antara yang terbesar pernah diambil Bersatu sejak parti tersebut ditubuhkan pada 2016.

Parti itu sebelum ini beberapa kali berdepan isu disiplin melibatkan wakil rakyat dan pemimpin bahagian susulan perbezaan pendirian politik serta sokongan terhadap kepimpinan parti.

Bagaimanapun, semua individu yang dikenakan tindakan masih mempunyai ruang untuk membuat rayuan kepada Lembaga Rayuan Bersatu dalam tempoh 14 hari daripada tarikh notis dikeluarkan.

Berita berkaitan
IPR anjur Konvensyen Rakyat pada 27 Jun, angkat isu kos sara hidup: Azmin
May 7, 2026· Politik
Armada Bersatu desak penjelasan status kes RM169 juta Ismail Sabri
May 6, 2026· Politik
UMNO hilang sokongan Melayu kerana DAP, kini sudah insaf pula: Tun Faisal
May 3, 2026· Politik
Akmal cabar pecat semua menteri dan timbalan dari UMNO dalam kerajaan
May 2, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Polis siasat kandungan media sosial sentuh 3R berkait krisis Negeri Sembilan
2 jam lalu · Politik
Shamsul Iskandar rayu kes rasuah dipindah ke Mahkamah Tinggi
5 jam lalu · Politik
Pemuda Amanah Negeri Sembilan kekal bantah kerjasama dengan UMNO
5 jam lalu · Politik
Bekas ADUN DAP cadang penternak babi Selangor cabar larangan di mahkamah
5 jam lalu · Politik
Sanusi pelawa akar umbi UMNO bersama PAS, tolak UMDAP
9 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok