PRN Johor penentu masa depan negeri: Fahmi

June 7, 2026 · Politik

Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bukan sekadar medan persaingan antara parti politik, sebaliknya menjadi platform penting untuk menentukan hala tuju pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat pada masa depan.

Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Fahmi Fadzil berkata perkara itu ditegaskan ketika pelancaran jentera PH bagi menghadapi PRN Johor di Batu Pahat malam tadi yang dihadiri lebih 5,000 anggota parti dan penduduk setempat.

Menurut beliau, Pengerusi PH merangkap Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan pilihan raya tersebut bukanlah sesuatu yang diinginkannya, namun apabila ia dilaksanakan, tumpuan semua pihak perlu kekal kepada usaha membela kepentingan rakyat.

“Pilihan raya ini bukan soal politik semata-mata, sebaliknya tentang memastikan gerak kerja untuk rakyat dapat diteruskan dan diperkukuhkan,” kata Fahmi menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke turut menekankan kepentingan pelaksanaan PRN Johor dan Negeri Sembilan secara serentak bagi menjamin kesinambungan pentadbiran serta kestabilan politik negara.

Dalam pada itu, Presiden Amanah, Mohamad Sabu mengingatkan mengenai pentingnya keselarasan antara pentadbiran kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan agenda pembangunan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Fahmi berkata, Johor mempunyai potensi ekonomi yang besar dan segala perancangan pembangunan perlu memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.

“Johor mempunyai potensi yang sangat besar. Pembangunan yang dirancang mesti benar-benar membawa manfaat kepada rakyat terbanyak,” katanya.

PRN Johor diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada 1 Jun lalu bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri tersebut.

Johor merupakan antara negeri yang memainkan peranan penting dalam ekonomi negara, khususnya melalui sektor perindustrian, pelaburan dan pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

Justeru, keputusan pilihan raya itu dilihat mampu mempengaruhi hala tuju pembangunan negeri serta kerjasama antara kerajaan negeri dan Persekutuan pada masa akan datang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadual mengadakan mesyuarat khas pada 12 Jun ini bagi menetapkan tarikh penting PRN Johor, termasuk tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon dan hari pengundian.

Berita berkaitan
Facebook dan TikTok jadi sarang utama kandungan scam
2 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan mula kaji sistem cukai hybrid SST-GST: Fahmi
4 jam lalu· Isu semasa
AUKU akan dimansuhkan, pentadbiran universiti diberi nafas baharu: Fahmi
4 jam lalu· Isu semasa
Seorang MKT UMNO persoal gesaan ganti Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA
6 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
2 jam lalu · Politik
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
7 jam lalu · Politik
Jika BN-PH bersama, saya tak bertanding PRN Melaka: Akmal
7 jam lalu · Politik
PH-BN mungkin runding kerusi elak pertembungan di Melaka: Saifuddin
August 18, 2026 · Politik
Gobind mahu peruntukan Ahli Parlimen bebas diskriminasi
August 18, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok