PRN Sabah: Tok Mat kata BN berhasrat tuntut 1 kerusi DUN di setiap Parlimen

August 2, 2025 · Politik

UMNO-Barisan Nasional (BN) akan menuntut sekurang-kurangnya satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di setiap kerusi Parlimen yang terdapat di Sabah, kata Mohamad Hasan.

Timbalan Pengerusi BN itu berkata cadangan itu akan memberikan peluang untuk mereka meletak satu calon di setiap kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah nanti dan menyatakan keyakinan mampu untuk menang dalam setiap kerusi ditandingi nanti.

Ujarnya lag, berbanding PRN Sabah lalu, terdapat di kawasan Parlimen di mana kerusi DUN langsung tidak ditandingi calon gabungan itu.

“Keadaan ini boleh melemahkan semangat ahli dan jentera Umno-BN di kawasan berkenaan kerana mereka tidak mempunyai peranan ketika pilihan raya berlangsung.

“Apabila tidak diberi peluang, ada yang mungkin kecewa dan akhirnya memilih meninggalkan parti dan ini sesuatu yang tidak baik.

“Kalau dalam satu Parlimen ada dua atau tiga kerusi DUN, sekurang-kurangnya satu kerusi diberi kepada BN untuk bertanding. Ini boleh menyuntik semangat dan menenangkan hati ahli-ahli parti di kawasan terbabit,” katanya dipeetik laporan media.

Mohamad yang juga timbalan presiden Umno berkata demikian selepas merasmikan Majlis Perasmian Serentak Mesyuarat Perwakilan Umno, di Dewan Terbuka Membakut.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata perkara dizahirkan tersebut akan dibincangkan lebih mendalam di peringkat tertinggi menerusi Jawatankuasa Perunding UMNO dan setiausaha agung parti komponen BN.

“Kita serahkan dulu kepada jawatankuasa perunding dan setiausaha-setiausaha agung parti komponen. Tetapi, ini pesanan saya kepada setiausaha agung, jangan abaikan hasrat kita ini.

“Sekurang-kurangnya satu kerusi dalam setiap Parlimen mesti ada wakil BN yang bertanding di kawasan itu.”

Berita berkaitan
PAS dicabar tarik balik Amanat Hadi, ramai orang UMNO masih tersinggung
17 jam lalu· Politik
PAS-UMNO makin terbuka, hantar wakil hadir ke PAU
19 jam lalu· Politik
Guan Eng mahu Zahid dikenakan tindakan isu lebihan belanja di KKDW
19 jam lalu· Politik
Rundingan PAS-BN positif tapi belum muktamad
21 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
PAS Terengganu cadang calon PM dari negeri itu
13 jam lalu · Politik
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
18 jam lalu · Politik
Pelantikan Ketua Audit Negara perlu bebas campur tangan politik: Syahredzan
19 jam lalu · Politik
Amanah cadang PH bentuk ‘khemah besar’ hadapi PRU-16, kerjasama dengan Bersatu
22 jam lalu · Politik
Hadi: Semua kerusi PAS wajib dipertahan pada PRU depan
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok