Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang berpendapatan tinggi tetapi masih enggan membayar balik pinjaman akan disekat daripada melakukan perjalanan ke luar negara mulai tahun 2026.
Langkah tegas ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Kerajaan yang diumumkan dalam Belanjawan 2026 bagi menangani isu tunggakan pinjaman pendidikan yang semakin meruncing.
Menurut dokumen ringkasan belanjawan, sekatan ini akan menyasarkan dua kumpulan peminjam.
Kumpulan pertama ialah mereka yang mempunyai tunggakan bayaran melebihi lima tahun dan berpendapatan lebih RM6,000 sebulan.
Kumpulan kedua yang turut disasarkan ialah peminjam yang bekerja di luar negara tetapi masih gagal memenuhi obligasi bayaran balik mereka.
Data Parlimen sehingga akhir 2024 mendedahkan situasi yang membimbangkan, dengan jumlah hutang tertunggak daripada peminjam yang tidak membuat sebarang bayaran atau tidak konsisten dalam bayaran telah mencecah lebih RM11 bilion.
“Daripada jumlah RM11 bilion itu, lebih RM5 bilion adalah hutang daripada peminjam yang langsung tidak pernah membuat sebarang bayaran kepada PTPTN sejak pinjaman mereka mula jatuh tempoh,” menurut sumber daripada dokumen tersebut.
Langkah menguatkuasakan semula sekatan perjalanan ini dijangka menjadi penggera terakhir buat peminjam yang berkemampuan tetapi masih cuai.
Ia bertujuan memulihkan semangat tanggungjawab serta mengurangkan beban kewangan tabung pendidikan negara itu, sekaligus memastikan kelestarian dana pendidikan untuk generasi akan datang.
Pertemuan Anwar dengan Presiden FIFA buka lembaran baharu untuk bola sepak tempatan
TMJ pertahan 7 pemain ‘warisan’, dokumen dikemukakan sah
MCMC dan Maktab PDRM lancar kursus khas bersama perkasa pertahanan siber negara
Polis larang perhimpunan di Ampang Park esok, jaga kelancaran Sidang ASEAN
Ribut petir landa enam negeri hingga 6 petang ini: Laporan
[VIDEO] Langkah perangi scam dan buli siber diperhebat, buru pesalah
[VIDEO] Selepas dipecat Bersatu jadi dalang SD, Wan Saiful anggap dirinya jadi mangsa